Friday, 11 October 2013

Aku

Salam Khamis . 


Alhamdulillah . Masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hariku .
Pejam celik pejam celik dah genap 4 bulan status aku sebagai seorang isteri .
Totally different status bujang dengan isteri orang . Hehehe .
Masa bujang , buat hal sendiri je . Sekarang dah ada suami nak kena jaga .
Dulu bangun pagi siap pergi kerja tak sarapan pun .
Sejak dah tambah lagi 1 perut , kena bangun awal siapkan sarapan . 
Dah tukar tempat kerja baru rajin pulak hubby bawa bekal . 
Ok jimat . Tak perlu kata apa-apa . Hehehe .
Balik kerja pulak , kena siapkan untuk makan malam . 
Masa bujang dulu balik kerja dok melangok depan TV sampai pukul 8 . 
Maghrib pun dah nak masuk Isyak .  .
Astaghfirullah...

Sebenarnya , life lepas kahwin ni BEST ! 

Lepas kahwin aku kerja tempat lama lagi .
Belum rasa nak berhenti walaupun kadang-kadang timbul rasa nak berhenti . (Pening)
Genap 3 tahun aku kerja kat sini . Dah kenal dah perangai sorang-sorang dalam company ni .
Boss pun ok jugak kadang-kadang . Ikut mood dialah .
Kerja aku setiap hari akan pastikan mood dia baik . 
Kalau bad mood dia akan mengomel dan semua kerja yang kita buat tak kena .
Kadang tu nak tanya harga spare-part pun takut .  .
Terpaksa pandai-pandai letak harga sendiri . Hehe .
Takut punya pasal .

Ok , coretan mengisi masa lapang sampai sini dulu .
Balik kerja time ! 

  

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment =)