Tuesday, 25 September 2012

Exam PPTM


 . السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Hari ni dah hari Selasa . Esok dah Rabu . Lusa Khamis . Jumaat . 
Then , Sabtu ! Exam !! Oh exam !! 
Selagi tak lepas hari Sabtu , selagi itulah otak aku serabut memikirkan exam yang bakal aku tempuh .
Tipulah kalau aku cakap tak takut langsung .


Encik Tunang pun dipanggil untuk exam PPTM ni . 
Alhamdulillah , rezeki lepas bertunang .Smiley that says “<3″ (Heart)
Manalah tau lepas exam ni dapat panggilan interview pulak .
Tapi Encik Tunang exam kat PICC . Aku pulak kat UNITEN .
Terpaksa berpisah sekejap !
Tak kesahlah . Mungkin ada hikmahnya .
Moga-moga nasib menyebelahi kami .
 . اَمِين . اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Okay , korang yang dapat panggilan untuk exam tu dah habis study ke ?
Aku pun tak tau nak study apa .
Refer kat panduan yang SPA bagi tu . So , aku baca jelah apa yang patut .
Otak pun dah beku . Al-maklumlah , zaman belajar dah berlalu .
Ni nak kena panaskan baliklah apa yang terkubur dalam otak tu .

Good luck korang ! 


Photobucket

Tuesday, 18 September 2012

First Project - Putrajaya

.......السلام عليكم

Hari ni update pasal first projek Kak Siti Mariam
Terajin nak ikut dia buat projek pertama kat Presint 16 Putrajaya . 
Customer ni booking dewan badminton untuk wedding dia . 
Al-maklumlah hari Isnin cuti . Memang dewan tu tak kosonglah .
Dengar cerita boleh start buat pelamin pukul 8 malam .
So , kami sampai sana pun dah maghrib .
Lepas solat maghrib , terus start buat kerja . 
Tapi agak terganggu sebab dorang guna court badminton sampai pukul 12 .
Kitorang tak dapat nak siapkan 100% kerja malam tu .
Sabar je lah . Lepas 80% siap , kitorang pun balik . 
Isnin tu , pukul 9.30 kitorang sambung kerja pasang red carpet & hias bunga kat meja makan pengantin  .
Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar .
Kak Siti pun happy sangat dengan first job dia ni . 
Siapa tak happy kan . Impian untuk kembangkan sayap dah tercapai . 

So , inilah hasilnya. .


Kepada sape-sape yang masih mencari butik pengantin untuk majlis korang ,
boleh PM di Facebook saya untuk tau lebih lanjut mengenai pakej-pakej menarik yang kami sediakan .


Photobucket

Friday, 14 September 2012

Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum. . .


Korang penah tak dapat panggilan untuk exam perkhidmatan awam ??
Semalam aku balik kerja . Tengok-tengok ada surat dari SPA . 
Buka surat tu macam tak ada perasaan . Hehe . 
Tah surat apa la kan . Tapi ada logo SPA . 
Berharap jugak surat tu untuk panggilan temuduga .

Surat tu bertajuk :

"PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29" 

Alamak !!!
Ada exam lah 29 September 2012 ni . Moga-moga ini rezeki aku . 
Ya Allah , permudahkan urusanku .

Eh , ada sape-sape tau format exam ni ? 
Tolonglah share . Nak jugak tau tentang format soalan ni .
Tolong..................................



Photobucket

Monday, 3 September 2012

❀❀ E-Day ❀❀

Assalamualaikum. . .
Semalam dah start kerja . Tapi penat . So , malas nak update blog . 
Hari ni bos keluar awal . So , rajin nak update blog . hehehe

Oh ye , 1hb September 2012 iaitu hari sabtu . 
Dengan rasminya saya telah menjadi "Tunang" kepada "En.Tunang"  .




Alhamdulillah . Majlis tersebut berjalan dengan lancar .
Walaupun pertukaran tarikh last minit , tapi tu semua tak jadi masalah . 
Yang penting , kerjasama !! Betul tak ??




Thanks pada kawan-kawan yang ucap "Tahniah" sempena pertunangan saya.
Ada jugak yang tanya bila kenduri . 
Kami hanya merancang . Selebihnya serah pada ketentuan Allah .
InsyaAllah , dah sampai masa nanti kami jemput . 

Balik dari Kedah , En.Tunang demam . Kesian !! 
Demam terkejut ke apa ?? hahaha
Keadaan abah pulak semakin baik . 
Alhamdulillah , dah boleh naik tangga sampai tingkat 3 .
Pastu abah kena quarantine . Kalau tak quarantine nanti duduk tak diam . 
Silap-silap abah keluar pergi kerja macam biasa . hehehe

Okay , sampai sini dulu . Sekian . 
Photobucket