Friday, 30 December 2011

Ini Fakta Bukan Auta Okehh !

* Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak .

* Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat , seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter , tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan .

* Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan .

* Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau , menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera .

* Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani . Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya . Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet .

* Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu . Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu , ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi .

* Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku .

* Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas . Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya .

* Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya . Tapi , walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar .

* Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup . Tapi mengikut kajian ahli gunung , api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan .

* Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit , pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan .

* Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar , perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan . Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita .

* Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku ?

Credit to LJ (^_^)

Saturday, 24 December 2011

Seminar Lagi. . . (^_^)

Assalamualaikum. . .
24 dec 2011 ada seminar Perniagaan Dobi anjuran MAEDEC .
DALE dapat invitation untuk buat talk tentang perniagaan dobi tu .
Memandangkan boss sambut krismas , jadi dia hantar aku , man & thiru sebagai wakil DALE .
85% untuk seminar tu adalah tanggungjawab aku . 
Selebihnya kerja thiru & man . 
Alhamdulillah. . . 
Lepas seminar tu rasa lega . 
Aku yang malu nak bercakap depan orang ramai akhirnya berjaya melepasi halangan tersebut. .
hehehehe. . .
Risau juga takut dorang tak faham penerangan aku .
So far , semua soalan yang dorang ajukan aku boleh jawab dengan cool .
First time kot handle seminar tanpa boss di sisi .
Ada pulak akak tu cakap "awak bagi penerangan dengan contoh & gambar buat kita lebih paham . So , tak ada soalan untuk kita tanya. ." 
Hmmm. . . nasib baik dorang faham . (^_^)
Padahal cuak tahap cipan mula-mula tadi . 
Ascot aku yang 2 orang tu tak bagi tengok kertas langsung . 
Dorang suruh explain guna ayat sendiri . 
Nasib baik idea banyak lalu-lalang kat otak aku time tu . 
So , ni pengalaman yang aku dapat hari ni . 
Sekian ! (^_^)

Thursday, 22 December 2011

On My Birthday. . .

23-Dec-2011
Hari lahir aku yang ke-24 .
Di sini aku rasa masih muda kerana kawan-kawanku akan mencapai umur 25 tak lama lagi .
hehehehe. . .
Alhamdulillah , dah 24 tahun mak abah jaga aku .
Terima kasih mak dan abah .
Sayang mak ! Sayang abah ! (^_^)
Eh , kepada awak , awak dan awak pun , saya sayang jugak ! 

Ni antara birthday wish yang aku dapat :

1) From Kak Sue"HB , semoga diberi keberkatan hidup dgn kesihatan yg baik serta dimurahkan rezki olehNYA....amin.... ^_^"


2) From Chuk : "Happy Birthday cik nur hazwani shyg , semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Semoga   cepat kawen ngan halim. Aku sayang kau sangat2 , u are the best friend ever . Love you cik sity shyg.."


3) From Naniku : " Waniku... Selamat Hari Lahir... semoga sihat sentiasa n bahagia disamping insan2 tersayang... n semoga dapat mencapai ape yang diingini... hepy besday bebeh :* "


4) From Encik ku : " SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!! ^_^ " 


5) From Syarafi : " hepi besday..smoga panjang umor n murah rzki.berjaya dnia akhrat n mndpt rdha fmly n berjaya dlm sume bidang..aminnn.. "


6) From Kak Sya : " HAPPY BIRTHDAY SWEETHEART...hehehe.WISH U ALL THE BEST. "

Wahhhh. . . banyak sangat wish yang aku dapat tahun ni . . .
Terima kasih atas doa kalian .
Love u all .

Kepada Cik 'B' , terima kasih untuk hadiah tu . Sayang ko ! (^_^)

Monday, 19 December 2011

"No Pain No Gain". . (^_^)

Assalamualaikum . .
19-12-2011 merupakan hari pertamaku dikerjakan oleh Personal Trainer (PT) FF .
Memang tak dinafikan pahit maung masa training tu .
Tapi , nak dapatkan markah punya pasal ku gagahkan jua . Cewaahhhh !
Masa buat 'Push Up' tu memang rasa macam nak berhenti je dari training semalam .
So, untuk capai target , aku terus bersemangat semula .
Mula-mula rasa macam malu je nak join FF .
Tapi sampai bila nak malu kan . (^_^)
Alah , nak malu buat apa . Semua orang ada goal yang same . 
"No Pain No Gain" betul tak ??
Esok hari ke-2 aku . .
Tak tau pulak hari ni kena buat apa . .
Kaki macam dah sakit . . 
Ni semua pasal semalam lah . .
Tapi tak kesah lah . . Kate nak capai goal . . hehehe
Okey , ni saje untuk kali ni . .
Sekian !

Tuesday, 13 December 2011

Fitness First (^_^)


Hai , Assalamualaikum . . 
Lama dah tak update blog . .
Entry kali ni pasal Fitness First (^_^) . .
Since aku rajin pergi gym nih , macam-macam aku belajar walaupun baru 2 hari . .
Hari ni hari ke-2 . .
Attend kelas BodyAttack . . (^_^)
Memang terkinja-kinja lah kan . .
Dari mula sampai habis aku tetap tersenyum walaupun step aku tah ape-ape kan . .
Lantak lah ! Yang penting ramai jugak orang macam aku . . hehehe
Dah lama sangat tak workout . . 
Otot-otot semua dah keras . .
Pastu banyak pulak step yang aku tak dapat ikut (T_T) . .
Hmmm . . 2 hari ni konon-konon nak try je . .
Tapi macam best je . . So , rasa macam nak terus join . . 
Masih dalam perbincangan . .
So , ini saja update untuk hari ni . .
Sekian , Wassalam . .

Tuesday, 6 December 2011

Bila Kena Marah. . . .


Sedih lah ):
Slumber je marah orang depan customer .
Malu tau tak !
Kalau memang salah aku , its oklah .
Tapi ni bukan salah aku . Hmmm . 
Dia bagi info tah apa-apa . 
Cakap pun terbalik-terbalik .
Sigh (>,<)
Dah lah sehari dua ni rasa macam tak happy .
Tah kenapa lah tiba-tiba berperasaan macam ni . 
Eh , ini unprivate diary !
Semua orang boleh bace . 
(^_^)

Thursday, 1 December 2011

Nano White Product Review


Assalamualaikum . . .

Hari ni nak kongsi dengan pembaca tentang produk ni .

Actually , ni mingu ke 3 aku guna nano white .

Sebelum beli , aku survey jugak testimoni pengguna nano white ni .

Aku rasa berbaloi jugak keluar duit hujung-hujung bulan beli benda ni . (^_^)

Tak macam produk lain yang aku pernah guna .

Aku cuma beli 4 jenis ni je dulu .

Harga pun okey jugak . Tak adalah mahal sangat kan . (^_^)

Cell Moist Whitenor



Refining Treatment Toner


Polishing Renewal Exfoliator


Aweking Snow Wash

Haa........ bau dia boleh tahan wangi . (^_^)

Yang paling best , dia cepat menyerap kat kulit .

Kulit rase lembut je . (^_^)

Serius tak sama macam produk lain yang aku penah guna sebelum ni .