Bandung Trip (Part 2)
Bismillahirrahmanirrahim .
Bertemu kembali dalam part 2 .
Hari pertama tu kami macam ngok-ngek sebab tak tau nak pergi mana .
Dah boring tak hengat , kami pun minta orang hotel paggilkan taxi .
Eh , sebelum tu kami makan dulu sebab lapar sangat .
Kami 2 orang je yang ada time ni .
Yang lain masing-masing bawa diri . Hishhh .
Lepas makan , kami taxi pun sampai .
Naik taxi pergi Jalan Dago . Konon-konon nak pergi Factory Outlet kat sana .
Petang-petang jalan kat sana macet . Kesesakan jalan kat Indon dipanggil "macet" .
Disebabkan macet , kami kena charge RP 60 000 .
Tapi tak kesahlah . Baru first time kan . So macam tak rasa sangat .
Jalan punya jalan dalam FO tu , tengok-tengok dah malam .
Keluar je perut pun dah lapar balik . Tak tau nak pergi mana . Tak ada pulak taxi lalu time tu .
Sekali ada Angkutan Kota berhenti tepi kami . Tanpa segan silu kami pun naik .
Cakap dengan dia nak pergi FO yang kat depan sana . Aku pun tak sure nama tempat tu .
Dapat jugalah kami merasa naik angkut tu . Hehehe .
Kecik je . Tapi laju jugak . Kena bayar RP 9 000 untuk 2 orang .
Lepas jalan-jalan , kami cari pulsa untuk call ke Malaysia . Top-up dipanggil pulsa kat Indon .
Macam kelakar je masa nak bertanya . Tapi nasib baik dorang paham apa yang aku maksudkan .
Beli top-up RP 20 000 . Pastu ada cas tambahan RP 2 000 .
Sama jugak macam kat Malaysia . Kalau top-up terus masuk ada cas tambahan 20 sen / 30 sen / 50 sen .
Dah tak tau nak pergi mana , kebetulan ada taxi lalu .
Macam tau-tau je kami tengah cari taxi .
Kami tak tau flow jalan kat sana . Supir tu cakap jalan macet . Yok kita lalu tol .
Kami ni nak tak nak terus je setuju .
Sampai je Hotel , dia cas kami RP 60 000 . Kami pasrah . Asalkan selamat sampai hotel masing-masing .
Itu je aktiviti kami pada 5hb 1 2013 .
See next story . Part 3 .
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment =)