EL
Assalamualaikum. . . Lama dah tak menaip kat sini. . Actually, saya baru balik dari Kedah. . EL dari hari khamis lepas sampai rabu kelmarin. . My dad jatuh kat kampung hari rabu minggu lepas. . Saya dapat berita hari rabu pukul 4.30. . Lagi 1 jam nak habis waktu kerja . . Siapkan kerja apa yang patut dulu. . Then terus balik ambil mak and terus balik kampung. . Nasib baik adik ada kat Jitra je. . So, cepatlah dia sampai kat kampung. . Mak Cik kat kampung pulak bagitau ambulan dah bawak abah pergi hospital. . Teruk sangat ke sampai ambulan datang. . Sambil drive otak aku pikir macam-macam. . Hati memang tak tenteram langsung. . Walaupun perut lapar , aku cuma minum nescafe je. .Aku turun isi minyak kat Tapah. . Masuk je kereta mak cakap pinggang abah retak. .Pastu adik bagitau tulang punggong abah pulak patah. . Ya Allah. . Teruk sangat ke abah jatuh sampai tulang punggong patah. . Sampai je kampung , mak cik pun cerita balik macamana abah boleh jatuh. . Sambil cerita sambil menangis. . Gila tak sedih. . =(
Esok pagi pergi hospital sultanah bahiyah. . Tengok je muka abah senyum rasa lega sangat. .Padahal saya tahu abah tengah tahan sakit. . Tapi abah ni jenis tak suka tunjuk lemah. .Selama ni, walaupun abah susah hati , abah tak pernah tunjuk. . Kuat sungguh hati seorang abah. .Sebagai anak , saya juga rasa apa yang abah rasa. .
4 hari abah terbaring. . Makan dan minum pun sambil baring. .Sedih tengok keadaan abah macam tu. . Tapi abah tetap ceria. . Abah buat macam tu mungkin sebab tak nak kami risau tentang keadaan abah. . Sedangkan abah menderita sakit. .
Doktor nak operate masuk besi. . Doktor cakap lagi cepat buat lagi bagus. . Kalau tunggu lama-lama takut jadi penyakit lain pulak. . Isnin tu abah masuk dewan bedah pukul 9.10 pagi. . Jangka masa operate 4-5 jam. . Tunggu punya tunggu , pukul 3.10 baru abah keluar dari dewan bedah. . 6 jam kami tunggu abah kat luar dewan bedah tu. . Sampai je kat wad abah tak sedar pulak. . Dengan tube bersirat kat badan abah , kami yang tengok keadaan abah masa tu jadi sedih. . Abah masih separuh sedar masa tu. . Bila bukak mata abah tak boleh cakap sebab sakit. . Kesiannya kat abah. . Rasa nak ambil sikit sakit yang abah rasa tu. . =(
4 malam aku kat wad jaga abah. . Macam-macam perangai nurse saya nampak. . Ada yang ramah dan ada jugak yang sombong. . =)Yang terlampau ramah tu jangan cakap la. . Malas pulak nak layan. . hehe
Inilah ceritera saya sepanjang 5 hari kat hospital sultanah bahiyah alor setar. .
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment =)