Assalamualaikum ~
Lately saya suka membeli-belah pakaian kat group. Harga boleh tahan murah. Dalam group banyak pilihan baju-baju yang kita cari especially group plus size.
Cuma pada pendapat peribadi , saya kurang berminat dengan peniaga yang post item untuk dijual tanpa detail seperti harga , size baju , ukuran dan lain-lain yang sepatutnya dipamerkan pada item tersebut .
Saya juga merupakan salah seorang peniaga online. Tapi bila publish item yang nak dijual mesti saya sertakan sekali detail yang sepatutnya pelanggan perlu tau sebelum buat pembelian terutama sekali barang pre♥.
Sebagai pelanggan pula, saya akan baca detail pada description sebelum memulakan pertanyaan kepada penjual melalui Private Message (PM). Saya lebih selesa direct PM penjual untuk bertanyakan lebih lanjut tentang produk yang dijual.
Kebanyakkan pengguna Facebook menggunakan perkataan “PM” atau “PM saya”. Sedangkan detail produk dan harga telah diletakkan pada description. Sebagai pembeli eloklah jika kita direct PM penjual tersebut sekiranya kita benar-benar serius untuk membeli. Rajin-rajinlah membaca. Godek-godek detail kat description. Bukan apa, saya sendiri segan nak suruh seller PM kalau saya belum pasti nak membeli. Lainlah kalau seller tersebut belum meletakkan harga barang yang nak dijual.
Entri kali ini bukan nak salahkah mana-mana pihak samada penjual atau pembeli. Ini sekadar pendapat peribadi saya.
Oh ye, ada pula penjual yang suka-suka promo barang di tempat yang tak sesuai. Contohnya, jual karipap tapi promo karipap kat group jual tudung. Tak sesuai kan ? Scroll down cari tudung yang cantik-cantik tiba-tiba jumpa gambar karipap. Hihi. Terus terfikir, penjual ni ada masalah dari segi membaca ke? Tempat jual tudung dia boleh promo karipap. Okey, itu masalah sesetengah peniaga je. Bukan semua macam tu.
Pada saya, kita sebagai peniaga kenalah paham juga. Jangan buat-buat tak faham. Main masuk je mana-mana group lepas tu iklankan produk kita. Perkara macam ni tak perlu diberitahu. Ye tak ?
Okay , ini luahan hati seorang pembeli dan penjual. ☺
hahaha, ai tak jual karipap. ai jual apam je, good point. yang "PM" bukan nak beli sangat pun. saja seronok komen PM then nanti dia akan banyak dapat notification. hehehe
ReplyDelete