Friday, 26 December 2014

Penipuan Dalam Talian

Salam Sabtu ~

Topik hari ni adalah tentang kes penipuan dalam talian. Banyak sangat kes penipuan sekarang ni.

Teknologi makin canggih. Penipuan makin berleluasa. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Senang hati ke makan duit haram tu?

Pernah juga saya terkena, dalam gambar cantik. Condition tiptop katanya. Tapi bila sampai barang tak seindah dalam gambar. Tipulah kalau cakap tak kecewa. Tapi nasib baik barang sampai juga. Lagi sakit hati bila duit dah bayar tapi tak terima barang langsung. Menjadi-jadi sangat kes penipuan dalam talian sekarang ni. Kesian orang yang kena tipu. Beria nak beli barang tapi ada yang ambil kesempatan.

Disebabkan kes macam ini, orang ramai jadi ragu-ragu untuk membeli secara online. Inilah yang dikatakan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment =)