Hi !
Hari ini nak story pasal pusat karaoke paling best yang pernah aku pergi.
NEWAY.
Nama nampak simple je. Dulu aku tengok perkataan NEWAY ni ingatkan kedai perabot.
Yelah, kedai perabot kat Puchong ni banyak sangat. Tak terfikir NEWAY ni pusat karaoke.
Sebelum ni kalau nak karaoke mesti pergi Mines Seri Kembangan.
Boleh pilih berapa lagu nak nyanyi. Kalau pergi Sabtu atau Ahad, satu lagu RM2.00. Hari biasa RM1.50 je.
Bolehlah kalau setakat nak lepas gian. En Suami kaki karaoke. Dialah yang suggestkan pergi NEWAY.
Dah dua kali masuk NEWAY ni. Setakat ni aku berpuas hati.
Pergi hari sabtu atau ahad pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.00 petang siap makan tengahari dan refill minuman. Cuma bayar RM18.00 seorang. Berbaloi tak? Berbaloi sangat. Banyak pilihan lagu baru.
Pada aku inilah pusat karaoke terbaik yang aku pergi setakat hari ini.
Boleh layari laman web NEWAY untuk keterangan lanjut.
- TQ -





Boleh release tension kat pusat karaoke tu kan..:)
ReplyDeleteYup.. Betul tu.. :)
ReplyDelete