Saturday, 6 September 2014

Perbezaan Itu Melengkapkan


Persamaan itu membina keserasian .
Perbezaan itu melengkapkan .

Hubby - suka simple dan tak banyak karenah 
Aku - nampak simple tapi banyak songel

Perbezaan itu indah jika kita saling bertolak ansur , 
memahami antara satu sama lain dan bekerjasama .

Perbezaan juga bukan satu halangan untuk kita lahirkan keluarga yang bahagia .
Jangan terlalu mencari titik persamaan . 

Dulu , sebelum jumpa hubby ,
aku berhajat mencari pasangan yang banyak persamaan .
Kononnya persamaan lebih membahagiakan .

Lepas jumpa hubby , aku selesa dengan hubungan kami .
Romantik , kelakar , pendengar yang baik , penceramah bebas pun ye .
dan yang paling penting hubby suka mengalah . 
Kalau marah , diam je . Tak cakap banyak .

Berbeza dengan aku .
Agak serius , cepat marah , kuat membebel , degil pun ye .
Kalau marah , terus protes . Baru nampak yang kita marah ye tak ? 
Dan kerana perbezaan itulah yang melengkapkan kami .
Alhamdulillah , dah setahun dua bulan perjalanan kami sebagai suami isteri .
Moga terus bahagia , insyaAllah . 
Dan mungkin lebih bahagia jika dikurniakan anak , insyaAllah .
Semoga diperkenankan oleh-Nya .

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment =)