Friday, 26 December 2014

Penipuan Dalam Talian

Salam Sabtu ~

Topik hari ni adalah tentang kes penipuan dalam talian. Banyak sangat kes penipuan sekarang ni.

Teknologi makin canggih. Penipuan makin berleluasa. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Senang hati ke makan duit haram tu?

Pernah juga saya terkena, dalam gambar cantik. Condition tiptop katanya. Tapi bila sampai barang tak seindah dalam gambar. Tipulah kalau cakap tak kecewa. Tapi nasib baik barang sampai juga. Lagi sakit hati bila duit dah bayar tapi tak terima barang langsung. Menjadi-jadi sangat kes penipuan dalam talian sekarang ni. Kesian orang yang kena tipu. Beria nak beli barang tapi ada yang ambil kesempatan.

Disebabkan kes macam ini, orang ramai jadi ragu-ragu untuk membeli secara online. Inilah yang dikatakan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.


Friday, 19 December 2014

PENJUAL VS PEMBELI


Assalamualaikum ~ 

Lately saya suka membeli-belah pakaian kat group. Harga boleh tahan murah. Dalam group banyak pilihan baju-baju yang kita cari especially group plus size. 

Cuma pada pendapat peribadi , saya kurang berminat dengan peniaga yang post item untuk dijual tanpa detail seperti harga , size baju , ukuran dan lain-lain yang sepatutnya dipamerkan pada item tersebut . 

Saya juga merupakan salah seorang peniaga online. Tapi bila publish item yang nak dijual mesti saya sertakan sekali detail yang sepatutnya pelanggan perlu tau sebelum buat pembelian terutama sekali barang pre♥. 

Sebagai pelanggan pula, saya akan baca detail pada description sebelum memulakan pertanyaan kepada penjual melalui Private Message (PM). Saya lebih selesa direct PM penjual untuk bertanyakan lebih lanjut tentang produk yang dijual. 

Kebanyakkan pengguna Facebook menggunakan perkataan “PM” atau “PM saya”. Sedangkan detail produk dan harga telah diletakkan pada description. Sebagai pembeli eloklah jika kita direct PM penjual tersebut sekiranya kita benar-benar serius untuk membeli. Rajin-rajinlah membaca. Godek-godek detail kat description. Bukan apa, saya sendiri segan nak suruh seller PM kalau saya belum pasti nak membeli. Lainlah kalau seller tersebut belum meletakkan harga barang yang nak dijual.


Entri kali ini bukan nak salahkah mana-mana pihak samada penjual atau pembeli. Ini sekadar pendapat peribadi saya.

Oh ye, ada pula penjual yang suka-suka promo barang di tempat yang tak sesuai. Contohnya, jual karipap tapi promo karipap kat group jual tudung. Tak sesuai kan ? Scroll down cari tudung yang cantik-cantik tiba-tiba jumpa gambar karipap. Hihi. Terus terfikir, penjual ni ada masalah dari segi membaca ke? Tempat jual tudung dia boleh promo karipap. Okey, itu masalah sesetengah peniaga je. Bukan semua macam tu. 

Pada saya, kita sebagai peniaga kenalah paham juga. Jangan buat-buat tak faham. Main masuk je mana-mana group lepas tu iklankan produk kita. Perkara macam ni tak perlu diberitahu. Ye tak ? 

Okay , ini luahan hati seorang pembeli dan penjual. 


Monday, 20 October 2014

PRODUK QASEH GOLD

Assalamualaikum .
Topik hari ni tentang Qaseh Gold .
Qaseh Gold :
Minuman Herba berkonsepkan formulasi makanan sunnah dengan kurma, madu tiin, zaitun, habbatus sauda, delima air zam zam dan pelbagai ramuan herba terbaik yang padat dengan khasiat untuk tenaga dalaman dan luaran.

Saturday, 6 September 2014

Perbezaan Itu Melengkapkan


Persamaan itu membina keserasian .
Perbezaan itu melengkapkan .

Hubby - suka simple dan tak banyak karenah 
Aku - nampak simple tapi banyak songel

Perbezaan itu indah jika kita saling bertolak ansur , 
memahami antara satu sama lain dan bekerjasama .

Perbezaan juga bukan satu halangan untuk kita lahirkan keluarga yang bahagia .
Jangan terlalu mencari titik persamaan . 

Dulu , sebelum jumpa hubby ,
aku berhajat mencari pasangan yang banyak persamaan .
Kononnya persamaan lebih membahagiakan .

Lepas jumpa hubby , aku selesa dengan hubungan kami .
Romantik , kelakar , pendengar yang baik , penceramah bebas pun ye .
dan yang paling penting hubby suka mengalah . 
Kalau marah , diam je . Tak cakap banyak .

Berbeza dengan aku .
Agak serius , cepat marah , kuat membebel , degil pun ye .
Kalau marah , terus protes . Baru nampak yang kita marah ye tak ? 
Dan kerana perbezaan itulah yang melengkapkan kami .
Alhamdulillah , dah setahun dua bulan perjalanan kami sebagai suami isteri .
Moga terus bahagia , insyaAllah . 
Dan mungkin lebih bahagia jika dikurniakan anak , insyaAllah .
Semoga diperkenankan oleh-Nya .

Photobucket

Wednesday, 18 June 2014

Bandung - Episod 4


Hari terakhir di Bandung .
Berat hati nak balik . Rasa nak sambung cuti lagi .
Check out . Pak Iwan bawa pusing-pusing kat Club Golf Dago .
Tempat ni cantik sangat tau .





Ok , dah habis bab sini .
Pak Iwan bawa kami ke Kartika Sari .
Sumber dari Google
Kat sini kami borong macam-macam kek , brownies , biskut , etc .
Habiskan baki-baki duit yang tinggal . Hehe .

Pukul 1.30pm , Pak Iwan hantar kami ke Airport .
Maka , berakhirlah percutian kami di Bandung .


Photobucket

Friday, 6 June 2014

Bandung - Episod 3

Hari ketiga , seperti biasa Pak Iwan pick up kami kat hotel .
Sekali lagi kami ke Pasar Baru untuk menukar size baju .
Lebih kurang 2 jam kami merayau dalam Pasar Baru .
Lepas  Pasar Baru , Pak Iwan hantar kami ke Trans Studio .




Dalam ni banyak benda boleh buat .
Antaranya :

Trans City Theater
Yamaha Racing Coaster
Giant Swing
Marvel Superheroes The Ride
Vertigo
Trans Car Racing
Si Bolang Adventure
Trans Broadcast Museum
Science Center
Dunia Anak / Kiddy's Land
Jelajah (The Adventure)
Kong Climb
Sky Pirates
Amphitheater
Captain Black Heart Pirate Ship
Negeri Raksasa (Land of the Giant)
Dragon Riders
Pulau Liliput (Liliput Island)
Dunia Lain (the Other World)
Special Effects Action

Kami tak main semua mainan pun . 
Rasa dewasa sangat masuk kat dalam tu . Hihi .
Masuk pukul 1 , pukul 7 baru keluar dari Trans Studio .
Pak Iwan pick up kami , then bawa kami ke SPA .
Indahnya rasa lepas massage . Rasa nak lagi dan lagi dan lagi .
Lega sangat . Hilang penat dan sakit kaki .
Lebih kurang pukul 9 , kami habis massage .
Pak Iwan hantar kami balik ke hotel untuk malam terakhir .

Bandung - Episod 4 

Photobucket

Bandung - Episod 2

Hari kedua , supir kami agak muda dari Pak Ujang . 
Kami ke Gunung Tangkuban Parahu .  


Last year datang sini tak ada perasaan sangat .
Tapi kali ni memang menghayati keindahan alam .



Kat Gunung Tangkuban Parahu ni , kami makan jagung dengan minum teh botol .
Teh botol memang glamour kat Indon . 
Setiap kali makan , kami akan order teh botol sebagai minuman .

Teh Botol
Lepas GTP , kami ke Kampung Daun untuk lunch .
Kampung Daun ni tempat dia cantik sangat .
Tenang je rasa .




Baju oren tu Pak Iwan supir kami selepas Pak Ujang .
Pak Ujang hanya sementara menggantikan Pak Iwan pada hari pertama .
Pak Iwan orangnya agak pemalu . Tapi baik hati .
Sepanjang jalan kami menyakat Pak Iwan sesuka hati .
Saja nak suruh dia bercakap . Hihi .

Malam , kami ke Nasi Goreng Gentayangan .
Masakan PEDAS tahap dewa !

Sumber dari Google

Inilah antara makanan yang kami order malam tu .
Menu makanan agak menyeramkan . 
1) Nasi goreng kuburan
2) Nasi goreng nyi pelet
3) Koteow goreng mata mak lampir
4) Koteow goreng rambut mak lampir

Tahap kepedasan memang puas ,
Sehingga berlari-lari ke tandas tengah malam tu .


Photobucket

Bandung - Episod 1

Assalamualaikum .
Actually , 4th May 2013 trip ke Bandung . 
Dah banyak kali postpone nak update blog . Hari ni baru "free" sikit .
So , sebelum masuk cerita baru , meh nak share story "Trip Ke Bandung" kali ni .
Bertolak dari LCCT pukul 6.50am . 
Sampai kat Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung lebih kurang pukul 8.15am .
Then , beratur nak cop Passport . Lebih kurang 30 minit beratur .
Siap ! Ambil luggage , terus keluar cari Pak Ujang .
Hari pertama , Pak Ujang bawa pergi Pasar Baru .
Kami shopping sakan sampai lupa nak makan . 
Pak Ujang sangat baik orangnya . Ikut ke mana saja kami pergi .
Tolong bawakan barang kami . Tunjukkan kedai yang murah . 
Cerita itu ini . Kami selesa dengan Pak Ujang .
Sumber dari Google
Kami shopping kat Pasar Baru lebih kurang 4 jam . 
Paling lama pilih kain pasang . (✿◠‿◠)
Kesian Haubby saya dan Pak Ujang !
Lepas makan kat Nasi Padang , Pak Ujang bawa kami ke Toko Tiga .
Sumber dari azzamoro.blogspot.com
Kat sini Jeans dan T-shirt superhero agak murah . Material T-shirt pun best .
Lepas shopping kat Toko Tiga , masing-masing penat nak balik hotel .
Pak Ujang hantar kami balik ke hotel .
Kami booking Accordia Hotel kat Agoda.com .


Memang murah . Service bagus . Siap breakfast lagi . 
Tidur malam pun aman . Bilik luas . Kami duduk 1 bilik 2 orang . 
Kata honeymoon ! (◡‿◡✿)
Bandung - Episod 2
Photobucket

Friday, 14 March 2014

Pray for MH370

Bismillahirrahmanirrahim .


Hari ni hari ke 7 misi pencarian MH370 .
Masih belum dapat apa-apa berita pun . 

Tiada siapa dapat menghalang takdir dan ketentuan-NYA .
Sehebat manapun rancangan kita , tapi hebat lagi kuasa Allah .

Berdoa dan berharap agar penantian dan kesabaran kita dihadiahkan dengan khabar gembira .
Amin Ya Rabbal Alamin . 


Photobucket