Friday, 22 March 2013

Persiapan 5 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang , apa khabar ??
Harap korang semua sihat eh . Aku ??
Alhamdulillah , bertambah-tambah sihat nampaknya .
Sampai ada yang tegur "nanti bagi kahwin tak ada SIZE " . 
Hahaha Serious aku tak kecil hati !
Makin kuat makan okey . Senang hati kot . Alhamdulillah . Hihihi .

Actually tiap-tiap hari idea mencurah-curah nak update blog .
Tapi selalunya tak cukup masa .
Balik kerja pun tak sempat nak mengadap laptop .
Akasia TV3 pun dah tak tengok sangat sekarang ni . 
Lagi 4 bulan weh . Seram sejuk juga rasanya .
Setakat hari ni persiapan masih belum capai  50% .
Bilalah nak ada improvement ni . Hehehe .
Mak pun bebel juga sebab tengok aku cool je . 
Mak cakap anak kenalan mak yang single pun dah siap-siap beli barang kahwin .
Aku jawab "tak apalah . Mungkin dia dah sedia ." (jawapan sopan)
Padahal dalam hati . Hahaha (dia excited nak kahwin kot)

Setakat hari ni , inilah hasilnya . Hehehe .

Persiapan 5 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan :
  • Daftar dan hadiri kursus pra-perkahwinan 
Alhamdulillah . Kami sama-sama dah ambil masa belajar kat KUIS hari tu .
  • Buat pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV .  Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri masing-masing
Mungkin bulan 5 or 6 baru nak buat pemeriksaan dan ujian HIV ni . Buat sekarang macam awal sangat pula . Kang orang cakap gila excited nak kahwin . Hahaha .
  • Selesai segala urusan seperti bayar deposit pelamin , photographer , kelengkapan perkahwinan lain dan lain-lain
Pelamin  - Belum bayar deposit . Bulan 5 balik kampung baru nak confirmkan pelamin yang aku nak .

Photographer - Nasib baik Epah nak sudi nak jadi OP di hari bahagia aku . 
Thank you Epah ! Aku sangat terharu okey !

Baju nikah - Dah siap . Tengah adjust bunga kat baju sikit . InsyaAllah bulan 4 nanti siap kot .

Tapi baju nikah Encik Tunang aku belum carikan lagi . Kesian dia . =p

Baju Sanding - Belum confirm warna & design . Hmm . Dah banyak kali pergi MH Andaman

Tapi masih lagi confius nak pilih warna and design macam mana . Bulan 4 nanti confirm aku pergi settlekan pasal ni . Hehehe .
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan
* Kad Kahwin - Nampak gaya macam tertarik design kadkahwin.com .
* Kek Kahwin - Ni last minit pun boleh tempah .
* Bunga Tangan - Macam nak tempah kat SINI .
* Mak Andam - Bulan 5 nanti baru nak confirm sekali dengan pelamin .
* Kompang & DJ - Minta Pak Lang tolong carikan .
*Marhaban - Mak tolong carikan .
  • Menempah dan menghubungi tok kadi serta saksi pernikahan
 Bulan 5 nanti settlekan sekali dengan pelamin dan mak andam . 
Ni masalahnya tinggal kat Puchong tapi nak kenduri kat Kedah . Jadinya kena cuti dan balik kampung settlekan hal ni .
  • Buat rawatan ke SPA 
Hmm . Ni kena kawan-kawan temankan . Dari tahun lepas plan tapi tak jadi-jadi . 
Korang , cepat deal !! Temankan aku jom !!
  • Sediakan satu folder untuk letakkan borang , brochure , photostat maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan supaya senang nak cari nanti  

* Salinan Surat Beranak
* Salinan Kad Pengenalan
* Salinan Surat Nikah Ibubapa
* Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport
* Salinan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan
* Surat Perakuan Bujang dari majikan

  • Barang-barang hantaran 
Masih dalam proses pencarian dan penambahan barang hantaran . 

_________________________________________________

Ni saja yang aku boleh update setakat ni . Selalunya bila dah sampai tahap macam ni mesti ada bakal-bakal pengantin dalam keadaan stress . Itu tak ada . Ini tak ada . Itu tak cari lagi . Ini tak cari lagi . Hehehe .
Aku akan stress bila mak mula membebel . Tapi kalau mak tak cakap apa-apa aku rasa lega yang amat .
Happy reading ! Assalamualaikum .

Photobucket

8 comments:

  1. lampu bola2 kecil (rotan/ benang pelbagai pilihan warna) boleh dijadikan hiasan bilik pengantin/pelamin/tempat mkn/ltk dlm pasu etc

    layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. SALAM UKHWAH..

    Hehehe...nice info..nk jd kn bahan rujukan utk majlis sy juga///

    semoga majlis berjalan lancar nanti yer...

    ReplyDelete
  3. SALAM UKHWAH..

    Hehehe...nice info..nk jd kn bahan rujukan utk majlis sy juga///

    semoga majlis berjalan lancar nanti yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali..

      Silakan.. InsyaAllah.. terima kasih ye.. :)

      Delete
  4. salam, saya pon insyaAllah b2b 2013. dah follow blog awk. follow me back at

    http://ra2161.blogspot.com/

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam , hi dear , sy da follow blog awk.. :)

      Tahniah ye . Moga dipermudahkan semuanya .

      Delete
  5. Tq... sy pun blur ni apa yg nk kena selesaikan within 5 months.. huhu... takut pn iya... bkn takut apa... takut x cukupbajet.. hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear , ikut kemampuan je.. hehe.. insyaAllah cukup budget.. :)

      Delete

Thanks for your comment =)