Saturday, 28 July 2012

Ramadhan Tanpa Family Di Sisi





Assalamualaikum. . .
Alhamdulillah , hari ni adalah hari ke-8 umat islam berpuasa .
Bermakna 3 minggu lagi kita akan menyambut adilifitri , insyaAllah .
Memandangkan keadaan abah masih belum sembuh sepenuhnya , aku pulak dah start kerja ,
jadi mak yang jaga abah kat kampung sepanjang ramadhan ni . 
Walaupun sahur dan berbuka puasa sesorang , itu tak jadi masalah untuk aku meneruskan rutin harianku .
Ikutkan hati nak jugak bawak balik abah ke sini . 
Senang sikit tiap-tiap hari boleh tengok abah .
Tapi dengan keadaan abah macam tu , mana boleh panjat tangga lagi .
Nasiblah rumah bertingkat ni . Berisiko jugak ye .
Setiap hari lepas solat , aku mohon kepada Allah semoga abah cepat sembuh macam dulu .
Ye la , anak mana yang sanggup tengok mak ayah dia sakit kan .
Apapun yang berlaku , hidup perlu diteruskan jugak . 

Persiapan raya ??
Tentang persiapan raya tahun ni ala kadar je la . 
Tak semeriah tahun lepas . Tahun lepas rajin jugak buat biskut raya .
Dah duduk sorang ni , makanya tak jadilah biskut raya tu .
Alhamdulillah , tiket bas pun aku dah beli . 
Ramai orang cakap tiket bas dah habis dijual . Takut pulak aku dengar . 
Dengan izin Allah , dapat jugak aku beli walaupun kena balik hari Jumaat petang .

Oh ye , nak share something nih .
Sebenarnya kan aku rasa terharu sangat time abah masuk wad hari tu ,
Encik bakal datang melawat abah dengan parent dia . 
Sanggup datang dari Banting ke Alor Setar , balik hari pulak tu .
Hmmm , terima kasih Encik bakal . Saya sayang awak !
InsyaAllah , ada jodoh tak ke mana .




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment =)