Assalamualaikum. .
Hari ni berkesempatan jalan-jalan kat blog yang ada checklist pertunangan. .
Ramai blogger yang buat post tentang checklist pertunangan. .
Macam rumit jugak nampaknya. . Tapi aku ?? Relax lagi. . hehe
Nak raya dulu lah . Lepas seminggu raya baru nak fokus buat persiapan. .
Tengok budget dorang bertunang kebanyakkannya antara 4k hingga 7k. .
Tu baru bertunang. . Belum kahwin lagi. . Banyaknya !!
Hantaran sampai berbelas-belas. . Memanglah over-budget. .
Tapi kalau nak sangat grand apa salahnya kan. . Poket mesti grand jugak meyh !
Tak sia-sia aku merayap kat blog B2B ni. .
Banyak info boleh dapat dari sana. . Bagus jugak dorang ni. .
Rajin dorang kongsi info dengan pembaca. .
Aku yang mula-mula tadi sangat cool ,
Tapi , bila baca cerita dorang buat persiapan pertunangan dari mula sampai habis buat aku risau pulak. .
Dengan checklist bagai. . Banyak pulak nak kena siapkan. .
Tentang baju , mekap dan yang sewaktu dengannya , aku rasa dah 50% siap. .
Alhamdulillah. . Ada jugak perkembangan. . hehe
Yang lain masih lagi dalam perbincangan keluarga. .
Aku pun ada checklist sendiri. . Tapi aku guna buku kecik je. .
Segan pulak nak post dalam blog ni. .
Macam nak buat majlis besar-besaran pulak. . hehe
Apapun , hari ni hari ke-10 kita berpuasa. .
Alhamdulillah. . Masih diberi peluang untuk menunaikannya. .
Jumpa lagi !

Assalamualaikum. . .Alhamdulillah , hari ni adalah hari ke-8 umat islam berpuasa .Bermakna 3 minggu lagi kita akan menyambut adilifitri , insyaAllah .Memandangkan keadaan abah masih belum sembuh sepenuhnya , aku pulak dah start kerja ,jadi mak yang jaga abah kat kampung sepanjang ramadhan ni . Walaupun sahur dan berbuka puasa sesorang , itu tak jadi masalah untuk aku meneruskan rutin harianku .Ikutkan hati nak jugak bawak balik abah ke sini . Senang sikit tiap-tiap hari boleh tengok abah .Tapi dengan keadaan abah macam tu , mana boleh panjat tangga lagi .Nasiblah rumah bertingkat ni . Berisiko jugak ye .Setiap hari lepas solat , aku mohon kepada Allah semoga abah cepat sembuh macam dulu .Ye la , anak mana yang sanggup tengok mak ayah dia sakit kan .Apapun yang berlaku , hidup perlu diteruskan jugak .
Persiapan raya ??Tentang persiapan raya tahun ni ala kadar je la . Tak semeriah tahun lepas . Tahun lepas rajin jugak buat biskut raya .Dah duduk sorang ni , makanya tak jadilah biskut raya tu .Alhamdulillah , tiket bas pun aku dah beli . Ramai orang cakap tiket bas dah habis dijual . Takut pulak aku dengar . Dengan izin Allah , dapat jugak aku beli walaupun kena balik hari Jumaat petang .
Oh ye , nak share something nih .Sebenarnya kan aku rasa terharu sangat time abah masuk wad hari tu ,Encik bakal datang melawat abah dengan parent dia . Sanggup datang dari Banting ke Alor Setar , balik hari pulak tu .Hmmm , terima kasih Encik bakal . Saya sayang awak !InsyaAllah , ada jodoh tak ke mana .
Assalamualaikum. . . Lama dah tak menaip kat sini. . Actually, saya baru balik dari Kedah. . EL dari hari khamis lepas sampai rabu kelmarin. . My dad jatuh kat kampung hari rabu minggu lepas. . Saya dapat berita hari rabu pukul 4.30. . Lagi 1 jam nak habis waktu kerja . . Siapkan kerja apa yang patut dulu. . Then terus balik ambil mak and terus balik kampung. . Nasib baik adik ada kat Jitra je. . So, cepatlah dia sampai kat kampung. . Mak Cik kat kampung pulak bagitau ambulan dah bawak abah pergi hospital. . Teruk sangat ke sampai ambulan datang. . Sambil drive otak aku pikir macam-macam. . Hati memang tak tenteram langsung. . Walaupun perut lapar , aku cuma minum nescafe je. .Aku turun isi minyak kat Tapah. . Masuk je kereta mak cakap pinggang abah retak. .Pastu adik bagitau tulang punggong abah pulak patah. . Ya Allah. . Teruk sangat ke abah jatuh sampai tulang punggong patah. . Sampai je kampung , mak cik pun cerita balik macamana abah boleh jatuh. . Sambil cerita sambil menangis. . Gila tak sedih. . =(
Esok pagi pergi hospital sultanah bahiyah. . Tengok je muka abah senyum rasa lega sangat. .Padahal saya tahu abah tengah tahan sakit. . Tapi abah ni jenis tak suka tunjuk lemah. .Selama ni, walaupun abah susah hati , abah tak pernah tunjuk. . Kuat sungguh hati seorang abah. .Sebagai anak , saya juga rasa apa yang abah rasa. .
4 hari abah terbaring. . Makan dan minum pun sambil baring. .Sedih tengok keadaan abah macam tu. . Tapi abah tetap ceria. . Abah buat macam tu mungkin sebab tak nak kami risau tentang keadaan abah. . Sedangkan abah menderita sakit. .
Doktor nak operate masuk besi. . Doktor cakap lagi cepat buat lagi bagus. . Kalau tunggu lama-lama takut jadi penyakit lain pulak. . Isnin tu abah masuk dewan bedah pukul 9.10 pagi. . Jangka masa operate 4-5 jam. . Tunggu punya tunggu , pukul 3.10 baru abah keluar dari dewan bedah. . 6 jam kami tunggu abah kat luar dewan bedah tu. . Sampai je kat wad abah tak sedar pulak. . Dengan tube bersirat kat badan abah , kami yang tengok keadaan abah masa tu jadi sedih. . Abah masih separuh sedar masa tu. . Bila bukak mata abah tak boleh cakap sebab sakit. . Kesiannya kat abah. . Rasa nak ambil sikit sakit yang abah rasa tu. . =(
4 malam aku kat wad jaga abah. . Macam-macam perangai nurse saya nampak. . Ada yang ramah dan ada jugak yang sombong. . =)Yang terlampau ramah tu jangan cakap la. . Malas pulak nak layan. . hehe
Inilah ceritera saya sepanjang 5 hari kat hospital sultanah bahiyah alor setar. .