Disebabkan aku selalu migraine , kali ni aku nak post tentang penyakit migraine yang boleh dianggap sebagai kekasih gelap aku yang sentiasa bersama aku , boleh dikatakan setiap minggu aku mengalaminya .
Migrain dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.
i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gen yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti
ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata
iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama
iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin
v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk
vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit
Antara Punca-Punca Mingraine
- Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein macam kopi, nescafe, coca-cola selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila dorang cuba menghentikan tabiat tu secara mendadak . Sindrom ini sama dengan migrain . Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah , dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang .
Aku ni peminum setia nescafe 3 in 1 . Mak dengan abah selalu bising bila aku curi-curi beli nescafe kat 99 speedmart . Aku rasa macam dah tak boleh nak berpisah dengan nescafe . 1 hari 2 kali mesti minum . Kira dah jadi rutin harian lah . Bila nescafe dah tinggal 2-3 paket , aku rasa macam dah tak keruan . Ishhhhh3x
- Turun naik hormon wanita , oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain . Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus , tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun .
- Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum , semasa dan selepas dating haid .
- Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga . Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain .
- Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain . Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba . Penggunaan berlebihan ubat migraine juga boleh menyebabkan migrain .
- Perubahan cuaca .
- Cuaca terang matahari atau lampu .
- Bunyi bising yang kuat . Bau yang kuat .
- Menonton tv , memandang skrin komputer dengan lama .
- Stress dan tekanan emosi . Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi .
Selama ni , kalau diserang migraine aku akan makan ubat 'careforgot' / uphamol 650 / actifast / tuam kat kepala dengan ais . Tapi , kalau makan careforgot memang lagi cepat baiklah !
Okeh , semoga info di atas dapat dikongsikan bersama . Sekian ツ
 





No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment =)