Thursday, 5 December 2013

Aku & Posmen


Dulu , poslaju datang aku buat tak tahu .

Sekarang , poslaju datang aku rasa lega . 

Ya , sejak rajin membeli secara online .

Siap jadi kawan dengan Abang Poslaju .

Aku memang selalu gunakan alamat office .

Walaupun lewat petang , Abang Poslaju cari sampai kat rumah . 

Mudah kan bila kawan dengan poslaju .

P/S : Thanks abang poslaju !


Photobucket

Friday, 11 October 2013

Aku

Salam Khamis . 


Alhamdulillah . Masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hariku .
Pejam celik pejam celik dah genap 4 bulan status aku sebagai seorang isteri .
Totally different status bujang dengan isteri orang . Hehehe .
Masa bujang , buat hal sendiri je . Sekarang dah ada suami nak kena jaga .
Dulu bangun pagi siap pergi kerja tak sarapan pun .
Sejak dah tambah lagi 1 perut , kena bangun awal siapkan sarapan . 
Dah tukar tempat kerja baru rajin pulak hubby bawa bekal . 
Ok jimat . Tak perlu kata apa-apa . Hehehe .
Balik kerja pulak , kena siapkan untuk makan malam . 
Masa bujang dulu balik kerja dok melangok depan TV sampai pukul 8 . 
Maghrib pun dah nak masuk Isyak .  .
Astaghfirullah...

Sebenarnya , life lepas kahwin ni BEST ! 

Lepas kahwin aku kerja tempat lama lagi .
Belum rasa nak berhenti walaupun kadang-kadang timbul rasa nak berhenti . (Pening)
Genap 3 tahun aku kerja kat sini . Dah kenal dah perangai sorang-sorang dalam company ni .
Boss pun ok jugak kadang-kadang . Ikut mood dialah .
Kerja aku setiap hari akan pastikan mood dia baik . 
Kalau bad mood dia akan mengomel dan semua kerja yang kita buat tak kena .
Kadang tu nak tanya harga spare-part pun takut .  .
Terpaksa pandai-pandai letak harga sendiri . Hehe .
Takut punya pasal .

Ok , coretan mengisi masa lapang sampai sini dulu .
Balik kerja time ! 

  

Photobucket

Tuesday, 13 August 2013

Majlis Nikah - 06/07/2013 & Majlis Sanding - 11/08/2013


Assalamualaikum .

Harap korang semua sihat & sentiasa dirahmati-Nya .
Alhamdulillah 2 majlis aku dah selesai .
Rasa lega tak terkira . 
Banyak pengajaran yang aku dapat sepanjang 2 majlis ni berlangsung .
Banyak juga rasa tak puas hati yang timbul sepanjang 2 majlis ni .
Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar .

Apa yang aku nak nasihatkan di sini :

1) Kalau boleh korang hire photographer yang berdisiplin dan serius dalam menjalankan kerja mereka sebagai OP .

2) Dalam menyediakan doorgift untuk tetamu , jangan sampai membazir . Tengok juga majlis korang time bila . Contohnya macam aku , majlis raya ke-4 . Boleh jadi orang sibuk raya sampai terlupa majlis korang masa tu . So , standby apa yang patut untuk elakkan dari pembaziran okey !

3) Sebelum booking pelamin , survey butik yang dekat dengan kawasan tempat korang nak buat majlis . Seelok-eloknya jangan ambil butik yang jauh dari tempat korang . In-case ada barang yang tertinggal , mereka akan ambil masa untuk siapkan pelamin korang .

Aku rasa ni je nasihat aku buat masa ni . Kalau ada lagi nanti aku update post ni .






Jumpa lagi di post akan datang . Salam sayang !