Assalamualaikum .
Happy New Year 2013 korang .
* Tahun baru , buku baru , permulaan baru dan semoga hidup lebih diberkati .
* Semoga aku , mak , abah , keluarga dan kawan-kawan
semuanya sihat selalu .
* Semoga kita semua berjaya merialisasikan impian
& cita-cita kita untuk tahun 2013 .
Aminnnn .
Dan harusnya kita bersyukur kerana masih diberi waktu
untuk meneruskan hidup .
Alhamdulillah .
Bangun dan bangkitlah dari kegagalan masa lalu .
Semoga ianya akan lebih mematangkan kita
dalam menempuh hidup akan datang .
Sekian .
Assalamualaikum .
Hai kamu, kamu dan kamu sekalian !!
Actually , ni entry terakhir untuk tahun 2012 .
Lagi 2 hari nak masuk tahun baru .
Aku ada azam baru . InsyaAllah azam tu akan ku tunaikan dalam tahun 2013 .
InsyaAllah . Pray for me okay .
Sepatutnya kami rancang majlis bulan March 2013 .
Memandangkan atok pergi umrah masa tu , kami pun tunda tarikh majlis .
Hehe . Nak buat macamana kan . Sila redha .
23 December 2012 .
Hari lahir aku yang ke-25 .
Alhamdulillah , da besar da anak mak abah ni . hehe .
Da nak kahwin okay . Macam tak percaya je .
Tahun ni last celebrate birthday untuk tahun single . hehe .
Kerja ??
Masih lagi kerja kat DA Laundry Puchong .
Gaji naik bulan ni . Syukur . hehe .
Okay , sampai sini dulu .
Babye .
Assalamualaikum .
 |
| Sumber : Google |
Memandangkan dari hari Isnin gigi geraham aku sakit .
Jadi hari ni aku nekad nak pergi klinik pergigian Petaling Bahagia .
Gigi ni tumbuh paling hujung pastu senget ke pipi .
Beberapa hari ni aku rasa tak berapa selesa dengan keadaan gigi tu .
Tahun lepas masa check up dentist ada bagi surat suruh refer kat hospital Putrajaya .
Tapi aku tak pergi . Sebab doctor tu mention word "pembedahan" .
Tu yang aku takut tu ! Langsung tak pergi . Hahaha .
Berbalik pada cerita sebenar .
Aku bangun pagi-pagi terus pergi klinik .
Aku explain kat dentist keadaan gigi aku tu . So dia pun check dengan penuh kasih sayang .
Dentist : Dik , gigi ni tak ada function pun . Kita cabut ye ?
Aku : Oh yeke . Alamak ! Cabut lagi . hmm . Okay .
Dentist : Nganga besar-besar ye .
Aku : Oh okay-okay . (Nganga sampai sakit mulut mengalahkan sakit gigi aku) .
Dentist tu cucuk 6 tempat keliling gigi aku . Sakit woo !!
Pastu dia pegang alat pencabut gigi tu . Aku rasa nak lari je . Hahaha .
Aku nganga besar-besar sampai sakit rahang aku ni .
Time nak cabut tu aku rasa nak menjerit je .
Yelah gigi tu bukannya goyang pun . Tapi dia nak cabut jugak .
Redha ajelah ! Nurse tu boleh pulak datang tolong pegang kepala aku .
Hahahaha tak pernah pun aku cabut gigi sampai nurse datang pegang kepala aku .
Masa dia tarik gigi geraham tu aku rasa sebahagian gigi atas aku pun turut tercabut .
Korang bayangkan macamana kuatnya dia tarik gigi geraham aku tu .
Sayang pulak aku tengok gigi geraham yang tak bersalah tu .
Tapi gara-gara si geraham la mulut aku sakit .
Jadi aku pasrah . hmmm .
Pesanan untuk korang :
Rajin-rajin gosok gigi ye . Tambah lagi yang merokok .
Lagi la kena rajin gosok gigi .
Aku nampak ramai yang merokok pastu gigi dorang tak berapa nak berseri sebab ada corak-corak yang tak sepatutnya .
Sekian . Terima kasih sudi membaca .