Assalamualaikum. .
Hai.. Hai.. Hai..
Hari ni hari Khamis , 30 ogos 2012 .
Esok kita sambut MERDEKA ! Cuti ! Yuhuuuuu. .
Hari ni tak kerja . Ponteng !
Semalam Tikah , Chuk dengan Nani datang lepak kat rumah. .
Beborak sambil packing door gift sampai pukul 3.30 pagi. .
Meriah weh ! Rasa macam tak nak bagi dorang balik je hari ni. .
Pastu pagi-pagi bangun pergi sarapan sama-sama sebelum dorang balik. .
Sedih jugak sebab dorang tak dapat join hari Sabtu ni. .
Nak buat camane kan. . Kita hanya merancang. .
Next time lepak lagi okeyyy !
Semalam packing mende ni lah . Pastu dah buat penghantaran ke Kedah .
Nasib baik ada Mr. Future . Kalau tak , habis lah aku nak kena bawak balik Kedah naik bas .
Ohhh tidak lah !
Assalamualaikum. .
Masih belum terlambat nak ucap "SELAMAT HARI RAYA", maaf zahir & batin .
Alhamdulillah , tahun ni masih dapat beraya bersama family .
Korang punya raya camane pulak ? Mesti lagi best kan .
Dapat cuti 1 minggu dari hari sabtu 18/08/2012 - 24/08/2012 .
Lama jugak kan . Tapi yang tak bestnya kena duduk kat dapur .
Dari raya pertama sampai raya kelima tu layan tetamu je keje aku .
Raya ke-2 family Tikah dengan Chuk datang rumah .
Konon-konon dah lama tak jumpa kan .
Tapi memang dah lama tak jumpa pun .
Pastu nak balik tu dorang snap pic ni :
Walaupun aku tanpa baju raya , dorang nak jugak amek gambar kan .
Bagus dorang ni . Tu yang sayang kat dorang . hehehe .
Assalamualaikum. .
Hari ni berkesempatan jalan-jalan kat blog yang ada checklist pertunangan. .
Ramai blogger yang buat post tentang checklist pertunangan. .
Macam rumit jugak nampaknya. . Tapi aku ?? Relax lagi. . hehe
Nak raya dulu lah . Lepas seminggu raya baru nak fokus buat persiapan. .
Tengok budget dorang bertunang kebanyakkannya antara 4k hingga 7k. .
Tu baru bertunang. . Belum kahwin lagi. . Banyaknya !!
Hantaran sampai berbelas-belas. . Memanglah over-budget. .
Tapi kalau nak sangat grand apa salahnya kan. . Poket mesti grand jugak meyh !
Tak sia-sia aku merayap kat blog B2B ni. .
Banyak info boleh dapat dari sana. . Bagus jugak dorang ni. .
Rajin dorang kongsi info dengan pembaca. .
Aku yang mula-mula tadi sangat cool ,
Tapi , bila baca cerita dorang buat persiapan pertunangan dari mula sampai habis buat aku risau pulak. .
Dengan checklist bagai. . Banyak pulak nak kena siapkan. .
Tentang baju , mekap dan yang sewaktu dengannya , aku rasa dah 50% siap. .
Alhamdulillah. . Ada jugak perkembangan. . hehe
Yang lain masih lagi dalam perbincangan keluarga. .
Aku pun ada checklist sendiri. . Tapi aku guna buku kecik je. .
Segan pulak nak post dalam blog ni. .
Macam nak buat majlis besar-besaran pulak. . hehe
Apapun , hari ni hari ke-10 kita berpuasa. .
Alhamdulillah. . Masih diberi peluang untuk menunaikannya. .
Jumpa lagi !