Sunday, 12 February 2017

2017

Assalamualaikum

Lama dah kakak tak update blog ini . Last update bulan May tahun 2015 .
Lama sangat kan . 
Hari ini kakak kembali untuk membersihkan sawang kat blog kakak .
Tiba-tiba rasa rindu nak menaip dan bercerita .

Alhamdulillah, kakak dah 3 tahun lebih mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati kakak .
Kami belum dikurniakan zuriat . 
Hingga ke hari ini , kami masih sabar menanti kurniaan Tuhan itu di samping mencuba pelbagai macam cara yang orang-orang lama kongsikan .

Mujur sampai hari ini keluarga kakak dan suami belum tegur lagi tentang zuriat .
 Ada juga desas desus mulut orang bertanya tentang zuriat , kakak dan suami hanya mampu tersenyum . 
Ye, senyuman paling manis kami bagi hingga nampak gigi yang paling hujung . 

Setiap kali solat kakak tak pernah lupa berdoa semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri hidup kakak dan suami .
Mungkin belum tiba masanya lagi . Kami sabar menanti sehingga ke hari ini .

Mohon doakan yang baik-baik untuk kakak dan suami . InsyaAllah satu hari nanti rezeki kami pula menimang cahaya mata . 

Korang yang dah lama kahwin tapi masih menanti kehadiran cahaya mata , kakak doakan InsyaAllah akan sampai masanya nanti . Jangan jemu mohon doa dari Allah . 

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca coretan kakak ini . 

Salam Sayang dari kakak =)

Friday, 22 May 2015

Rahsia Anak Ke-2



Saya merupakan anak ke-2 dari 3 beradik . Tunggal perempuan . 
Abah cakap "jadilah bunga sekuntum buat ubat" . Hehehe . 

Meh baca rahsia anak ke-2 yang ada pada aku .

ANAK MANJA EMAK
- Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 

➳ Aku tak manja pun macam adik aku tu. Overdose! Haha.. Apahal pun mak utamakan dia. Bongsu kot!

ANAK DEGIL
- Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh .kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

➳ Aku boleh dikatakan degil juga. Tapi masih boleh dipujuk setakat ni. Ketegaq lagi adik aku tu. Keras kepala pun dia juga. Haha..

TAK PANDAI PUJUK
- Memang anak no. 2 ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia. 

➳ Haha.. Masa bercinta memang jarang pujuk. Bosan baru cari balik. Now, dah kahwin. Setiap hari ada dengan kita. Nak tak nak memang kena pujuk la. ツ

BERCINTA
- Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban..

➳ Huhu.. Setia jugalah. ツ

HITAM / PUTIH
- Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

➳ Tak juga. Kadang-kadang je macam ni. Lepas tu menyesal sendiri. Haha..

HATI
- Anak no. 2 ni juga nampak je keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi perangai dia. Dia tak boleh ditegur.

➳ Suami aku sendiri cakap aku ni tak boleh ditegur. Lepas kena tegur terus tak bercakap. Tunggulah sampai rasa nak tanya apa-apa baru cakap. Kadang-kadang nampak je keras hati. Tapi sebenarnya tak pun. Boleh cair juga kalau pandai pujuk.

BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

➳ Ok, ni betul. ツ

ARAHAN
- Anak no. 2 ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

➳ Boleh je terima arahan. Tapi jangan ulang sampai 15x. Memang tak suka.

PEMAAF & CARING
- Tidak dinafikan anak no. 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

➳ Mudah memaafkan untuk perkara tertentu je. Tapi susah nak lupakan. Kalau marah suka membebel. Haha.. Tapi memang caring. ツ

PAKAIAN
Nak semua ‘up to date’. Semua nak kemas.

➳ Baju kena iron walaupun t-shirt. Haha.. Dah biasa. Selagi kedut tak hilang, iron sampai rasa nak berhenti. Kalau suami aku iron baju, aku akan iron balik ikut cara aku. Haha.. "Up-to-date" tu tak pun. Kadang-kadang jadi kak Limah juga. ツ

Korang yang anak ke-2 macam ni tak ?? Hehe..

Sunday, 8 February 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Hai semua !

Jalan-jalan cuci mata kat website nile.com tiba-tiba ternampak iklan Giveaway CNY 2015 .
Ramai dah join . Kita pun join . Mana tau rezeki menyebelahi . Hihi .

Tarikh tutup peraduan 15/02/2015, 11.59pm .

Kegilaan juga bila selalu cuci mata di website NILE ni .
Barang serius murah . Tak percaya ??

Klik link ni : http://www.nile.com.my/

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

Antara produk yang berjaya menawan hati saya dengan harga kurang dari RM150 adalah. :

Retro Mix Color Woman Backbag - Cream
(RM 21.40)

Ab Rocket Master Abs Training
(RM 113.00)

Fridge Wall Pack Component
(RM 6.90)

Beauty Bracelet
(RM 4.30)

21.40 + 113.00 + 6.90 + 4.30 = RM 145.60 #

Ok, dah siap pilih barang . Huhu .

Nak check link blog sila klik sini :

http://www.nile.com.my/page.php?cd=98

Nak join CNY Giveaway , tapi tak tau caranya . 
Meh baca cara menyertainya kat blog  Lyssa Faizureen .

5 pemenang bertuah saja akan dipilih . Hihi .

Good Luck !