Sunday, 8 February 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Hai semua !

Jalan-jalan cuci mata kat website nile.com tiba-tiba ternampak iklan Giveaway CNY 2015 .
Ramai dah join . Kita pun join . Mana tau rezeki menyebelahi . Hihi .

Tarikh tutup peraduan 15/02/2015, 11.59pm .

Kegilaan juga bila selalu cuci mata di website NILE ni .
Barang serius murah . Tak percaya ??

Klik link ni : http://www.nile.com.my/

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

Antara produk yang berjaya menawan hati saya dengan harga kurang dari RM150 adalah. :

Retro Mix Color Woman Backbag - Cream
(RM 21.40)

Ab Rocket Master Abs Training
(RM 113.00)

Fridge Wall Pack Component
(RM 6.90)

Beauty Bracelet
(RM 4.30)

21.40 + 113.00 + 6.90 + 4.30 = RM 145.60 #

Ok, dah siap pilih barang . Huhu .

Nak check link blog sila klik sini :

http://www.nile.com.my/page.php?cd=98

Nak join CNY Giveaway , tapi tak tau caranya . 
Meh baca cara menyertainya kat blog  Lyssa Faizureen .

5 pemenang bertuah saja akan dipilih . Hihi .

Good Luck !

Tuesday, 6 January 2015

KARAOKE

Hi !

Hari ini nak story pasal pusat karaoke paling best yang pernah aku pergi. 





NEWAY. 

Nama nampak simple je. Dulu aku tengok perkataan NEWAY ni ingatkan kedai perabot. 
Yelah, kedai perabot kat Puchong ni banyak sangat. Tak terfikir NEWAY ni pusat karaoke.

Sebelum ni kalau nak karaoke mesti pergi Mines Seri Kembangan. 

Boleh pilih berapa lagu nak nyanyi. Kalau pergi Sabtu atau Ahad, satu lagu RM2.00. Hari biasa RM1.50 je.


Bolehlah kalau setakat nak lepas gian. En Suami kaki karaoke. Dialah yang suggestkan pergi NEWAY. 

Dah dua kali masuk NEWAY ni. Setakat ni aku berpuas hati. 


Pergi hari sabtu atau ahad pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.00 petang siap makan tengahari dan refill minuman. Cuma bayar RM18.00 seorang. Berbaloi tak? Berbaloi sangat. Banyak pilihan lagu baru. 







Pada aku inilah pusat karaoke terbaik yang aku pergi setakat hari ini. 

Boleh layari laman web NEWAY untuk keterangan lanjut.

- TQ -

Friday, 26 December 2014

Penipuan Dalam Talian

Salam Sabtu ~

Topik hari ni adalah tentang kes penipuan dalam talian. Banyak sangat kes penipuan sekarang ni.

Teknologi makin canggih. Penipuan makin berleluasa. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Senang hati ke makan duit haram tu?

Pernah juga saya terkena, dalam gambar cantik. Condition tiptop katanya. Tapi bila sampai barang tak seindah dalam gambar. Tipulah kalau cakap tak kecewa. Tapi nasib baik barang sampai juga. Lagi sakit hati bila duit dah bayar tapi tak terima barang langsung. Menjadi-jadi sangat kes penipuan dalam talian sekarang ni. Kesian orang yang kena tipu. Beria nak beli barang tapi ada yang ambil kesempatan.

Disebabkan kes macam ini, orang ramai jadi ragu-ragu untuk membeli secara online. Inilah yang dikatakan “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”.