.......السلام عليكم
Hari ni update pasal first projek Kak Siti Mariam .
Terajin nak ikut dia buat projek pertama kat Presint 16 Putrajaya .
Customer ni booking dewan badminton untuk wedding dia .
Al-maklumlah hari Isnin cuti . Memang dewan tu tak kosonglah .
Dengar cerita boleh start buat pelamin pukul 8 malam .
So , kami sampai sana pun dah maghrib .
Lepas solat maghrib , terus start buat kerja .
Tapi agak terganggu sebab dorang guna court badminton sampai pukul 12 .
Kitorang tak dapat nak siapkan 100% kerja malam tu .
Sabar je lah . Lepas 80% siap , kitorang pun balik .
Isnin tu , pukul 9.30 kitorang sambung kerja pasang red carpet & hias bunga kat meja makan pengantin .
Alhamdulillah , semuanya berjalan dengan lancar .
Kak Siti pun happy sangat dengan first job dia ni .
Siapa tak happy kan . Impian untuk kembangkan sayap dah tercapai .
So , inilah hasilnya. .
Kepada sape-sape yang masih mencari butik pengantin untuk majlis korang ,
boleh PM di Facebook saya untuk tau lebih lanjut mengenai pakej-pakej menarik yang kami sediakan .
Assalamualaikum. . .
Korang penah tak dapat panggilan untuk exam perkhidmatan awam ??
Semalam aku balik kerja . Tengok-tengok ada surat dari SPA .
Buka surat tu macam tak ada perasaan . Hehe .
Tah surat apa la kan . Tapi ada logo SPA .
Berharap jugak surat tu untuk panggilan temuduga .
Surat tu bertajuk :
"PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29"
Alamak !!!
Ada exam lah 29 September 2012 ni . Moga-moga ini rezeki aku .
Ya Allah , permudahkan urusanku .
Eh , ada sape-sape tau format exam ni ?
Tolonglah share . Nak jugak tau tentang format soalan ni .
Tolong..................................