Assalamualaikum. . .
Semalam dah start kerja . Tapi penat . So , malas nak update blog .
Hari ni bos keluar awal . So , rajin nak update blog . hehehe
Oh ye , 1hb September 2012 iaitu hari sabtu .
Dengan rasminya saya telah menjadi "Tunang" kepada "En.Tunang" .
Alhamdulillah . Majlis tersebut berjalan dengan lancar .
Walaupun pertukaran tarikh last minit , tapi tu semua tak jadi masalah .
Yang penting , kerjasama !! Betul tak ??
Thanks pada kawan-kawan yang ucap "Tahniah" sempena pertunangan saya.
Ada jugak yang tanya bila kenduri .
Kami hanya merancang . Selebihnya serah pada ketentuan Allah .
InsyaAllah , dah sampai masa nanti kami jemput .
Balik dari Kedah , En.Tunang demam . Kesian !!
Demam terkejut ke apa ?? hahaha
Keadaan abah pulak semakin baik .
Alhamdulillah , dah boleh naik tangga sampai tingkat 3 .
Pastu abah kena quarantine . Kalau tak quarantine nanti duduk tak diam .
Silap-silap abah keluar pergi kerja macam biasa . hehehe
Okay , sampai sini dulu . Sekian .
Assalamualaikum. .
Hai.. Hai.. Hai..
Hari ni hari Khamis , 30 ogos 2012 .
Esok kita sambut MERDEKA ! Cuti ! Yuhuuuuu. .
Hari ni tak kerja . Ponteng !
Semalam Tikah , Chuk dengan Nani datang lepak kat rumah. .
Beborak sambil packing door gift sampai pukul 3.30 pagi. .
Meriah weh ! Rasa macam tak nak bagi dorang balik je hari ni. .
Pastu pagi-pagi bangun pergi sarapan sama-sama sebelum dorang balik. .
Sedih jugak sebab dorang tak dapat join hari Sabtu ni. .
Nak buat camane kan. . Kita hanya merancang. .
Next time lepak lagi okeyyy !
Semalam packing mende ni lah . Pastu dah buat penghantaran ke Kedah .
Nasib baik ada Mr. Future . Kalau tak , habis lah aku nak kena bawak balik Kedah naik bas .
Ohhh tidak lah !
Assalamualaikum. .
Masih belum terlambat nak ucap "SELAMAT HARI RAYA", maaf zahir & batin .
Alhamdulillah , tahun ni masih dapat beraya bersama family .
Korang punya raya camane pulak ? Mesti lagi best kan .
Dapat cuti 1 minggu dari hari sabtu 18/08/2012 - 24/08/2012 .
Lama jugak kan . Tapi yang tak bestnya kena duduk kat dapur .
Dari raya pertama sampai raya kelima tu layan tetamu je keje aku .
Raya ke-2 family Tikah dengan Chuk datang rumah .
Konon-konon dah lama tak jumpa kan .
Tapi memang dah lama tak jumpa pun .
Pastu nak balik tu dorang snap pic ni :
Walaupun aku tanpa baju raya , dorang nak jugak amek gambar kan .
Bagus dorang ni . Tu yang sayang kat dorang . hehehe .