Saturday, 24 December 2011

Seminar Lagi. . . (^_^)

Assalamualaikum. . .
24 dec 2011 ada seminar Perniagaan Dobi anjuran MAEDEC .
DALE dapat invitation untuk buat talk tentang perniagaan dobi tu .
Memandangkan boss sambut krismas , jadi dia hantar aku , man & thiru sebagai wakil DALE .
85% untuk seminar tu adalah tanggungjawab aku . 
Selebihnya kerja thiru & man . 
Alhamdulillah. . . 
Lepas seminar tu rasa lega . 
Aku yang malu nak bercakap depan orang ramai akhirnya berjaya melepasi halangan tersebut. .
hehehehe. . .
Risau juga takut dorang tak faham penerangan aku .
So far , semua soalan yang dorang ajukan aku boleh jawab dengan cool .
First time kot handle seminar tanpa boss di sisi .
Ada pulak akak tu cakap "awak bagi penerangan dengan contoh & gambar buat kita lebih paham . So , tak ada soalan untuk kita tanya. ." 
Hmmm. . . nasib baik dorang faham . (^_^)
Padahal cuak tahap cipan mula-mula tadi . 
Ascot aku yang 2 orang tu tak bagi tengok kertas langsung . 
Dorang suruh explain guna ayat sendiri . 
Nasib baik idea banyak lalu-lalang kat otak aku time tu . 
So , ni pengalaman yang aku dapat hari ni . 
Sekian ! (^_^)

Thursday, 22 December 2011

On My Birthday. . .

23-Dec-2011
Hari lahir aku yang ke-24 .
Di sini aku rasa masih muda kerana kawan-kawanku akan mencapai umur 25 tak lama lagi .
hehehehe. . .
Alhamdulillah , dah 24 tahun mak abah jaga aku .
Terima kasih mak dan abah .
Sayang mak ! Sayang abah ! (^_^)
Eh , kepada awak , awak dan awak pun , saya sayang jugak ! 

Ni antara birthday wish yang aku dapat :

1) From Kak Sue"HB , semoga diberi keberkatan hidup dgn kesihatan yg baik serta dimurahkan rezki olehNYA....amin.... ^_^"


2) From Chuk : "Happy Birthday cik nur hazwani shyg , semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Semoga   cepat kawen ngan halim. Aku sayang kau sangat2 , u are the best friend ever . Love you cik sity shyg.."


3) From Naniku : " Waniku... Selamat Hari Lahir... semoga sihat sentiasa n bahagia disamping insan2 tersayang... n semoga dapat mencapai ape yang diingini... hepy besday bebeh :* "


4) From Encik ku : " SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!!! ^_^ " 


5) From Syarafi : " hepi besday..smoga panjang umor n murah rzki.berjaya dnia akhrat n mndpt rdha fmly n berjaya dlm sume bidang..aminnn.. "


6) From Kak Sya : " HAPPY BIRTHDAY SWEETHEART...hehehe.WISH U ALL THE BEST. "

Wahhhh. . . banyak sangat wish yang aku dapat tahun ni . . .
Terima kasih atas doa kalian .
Love u all .

Kepada Cik 'B' , terima kasih untuk hadiah tu . Sayang ko ! (^_^)

Monday, 19 December 2011

"No Pain No Gain". . (^_^)

Assalamualaikum . .
19-12-2011 merupakan hari pertamaku dikerjakan oleh Personal Trainer (PT) FF .
Memang tak dinafikan pahit maung masa training tu .
Tapi , nak dapatkan markah punya pasal ku gagahkan jua . Cewaahhhh !
Masa buat 'Push Up' tu memang rasa macam nak berhenti je dari training semalam .
So, untuk capai target , aku terus bersemangat semula .
Mula-mula rasa macam malu je nak join FF .
Tapi sampai bila nak malu kan . (^_^)
Alah , nak malu buat apa . Semua orang ada goal yang same . 
"No Pain No Gain" betul tak ??
Esok hari ke-2 aku . .
Tak tau pulak hari ni kena buat apa . .
Kaki macam dah sakit . . 
Ni semua pasal semalam lah . .
Tapi tak kesah lah . . Kate nak capai goal . . hehehe
Okey , ni saje untuk kali ni . .
Sekian !