Friday, 22 March 2013

Persiapan 5 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang , apa khabar ??
Harap korang semua sihat eh . Aku ??
Alhamdulillah , bertambah-tambah sihat nampaknya .
Sampai ada yang tegur "nanti bagi kahwin tak ada SIZE " . 
Hahaha Serious aku tak kecil hati !
Makin kuat makan okey . Senang hati kot . Alhamdulillah . Hihihi .

Actually tiap-tiap hari idea mencurah-curah nak update blog .
Tapi selalunya tak cukup masa .
Balik kerja pun tak sempat nak mengadap laptop .
Akasia TV3 pun dah tak tengok sangat sekarang ni . 
Lagi 4 bulan weh . Seram sejuk juga rasanya .
Setakat hari ni persiapan masih belum capai  50% .
Bilalah nak ada improvement ni . Hehehe .
Mak pun bebel juga sebab tengok aku cool je . 
Mak cakap anak kenalan mak yang single pun dah siap-siap beli barang kahwin .
Aku jawab "tak apalah . Mungkin dia dah sedia ." (jawapan sopan)
Padahal dalam hati . Hahaha (dia excited nak kahwin kot)

Setakat hari ni , inilah hasilnya . Hehehe .

Persiapan 5 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan :
  • Daftar dan hadiri kursus pra-perkahwinan 
Alhamdulillah . Kami sama-sama dah ambil masa belajar kat KUIS hari tu .
  • Buat pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV .  Dapatkan borang ujian HIV di Jabatan Agama Negeri masing-masing
Mungkin bulan 5 or 6 baru nak buat pemeriksaan dan ujian HIV ni . Buat sekarang macam awal sangat pula . Kang orang cakap gila excited nak kahwin . Hahaha .
  • Selesai segala urusan seperti bayar deposit pelamin , photographer , kelengkapan perkahwinan lain dan lain-lain
Pelamin  - Belum bayar deposit . Bulan 5 balik kampung baru nak confirmkan pelamin yang aku nak .

Photographer - Nasib baik Epah nak sudi nak jadi OP di hari bahagia aku . 
Thank you Epah ! Aku sangat terharu okey !

Baju nikah - Dah siap . Tengah adjust bunga kat baju sikit . InsyaAllah bulan 4 nanti siap kot .

Tapi baju nikah Encik Tunang aku belum carikan lagi . Kesian dia . =p

Baju Sanding - Belum confirm warna & design . Hmm . Dah banyak kali pergi MH Andaman

Tapi masih lagi confius nak pilih warna and design macam mana . Bulan 4 nanti confirm aku pergi settlekan pasal ni . Hehehe .
  • Pilih dan tentukan semua kelengkapan perkahwinan
* Kad Kahwin - Nampak gaya macam tertarik design kadkahwin.com .
* Kek Kahwin - Ni last minit pun boleh tempah .
* Bunga Tangan - Macam nak tempah kat SINI .
* Mak Andam - Bulan 5 nanti baru nak confirm sekali dengan pelamin .
* Kompang & DJ - Minta Pak Lang tolong carikan .
*Marhaban - Mak tolong carikan .
  • Menempah dan menghubungi tok kadi serta saksi pernikahan
 Bulan 5 nanti settlekan sekali dengan pelamin dan mak andam . 
Ni masalahnya tinggal kat Puchong tapi nak kenduri kat Kedah . Jadinya kena cuti dan balik kampung settlekan hal ni .
  • Buat rawatan ke SPA 
Hmm . Ni kena kawan-kawan temankan . Dari tahun lepas plan tapi tak jadi-jadi . 
Korang , cepat deal !! Temankan aku jom !!
  • Sediakan satu folder untuk letakkan borang , brochure , photostat maklumat peribadi dan maklumat perkahwinan supaya senang nak cari nanti  

* Salinan Surat Beranak
* Salinan Kad Pengenalan
* Salinan Surat Nikah Ibubapa
* Gambar bersongkok/bertudung saiz pasport
* Salinan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan
* Surat Perakuan Bujang dari majikan

  • Barang-barang hantaran 
Masih dalam proses pencarian dan penambahan barang hantaran . 

_________________________________________________

Ni saja yang aku boleh update setakat ni . Selalunya bila dah sampai tahap macam ni mesti ada bakal-bakal pengantin dalam keadaan stress . Itu tak ada . Ini tak ada . Itu tak cari lagi . Ini tak cari lagi . Hehehe .
Aku akan stress bila mak mula membebel . Tapi kalau mak tak cakap apa-apa aku rasa lega yang amat .
Happy reading ! Assalamualaikum .

Photobucket

Tuesday, 19 March 2013

Persiapan 12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan

. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Mengantuk . Tapi nak story pasal persiapan 12 bulan sebulan majlis perkahwinan .

Persiapan 12 Bulan Sebelum Majlis Perkahwinan :
  • Tetapkan tarikh dan hari penikahan dan persandingan anda
InsyaAllah 11 Ogos 2013

  • Buat rujukan dan tentukan warna tema
Warna tema - Mungkin aqua blue + purple
  • Memilih lokasi majlis dan menu makanan
* Lokasi - Kedah 

* Menu makanan - Serah pada orang yang lebih tua 
  • Mengumpul nama tetamu
* Mak abah mesti tau nak jemput siapa . Hehehe
  • Memilih pengapit dan pengiring
1 bulan sebelum majlis baru confirmkan balik . Mana tau orang tu dah ubah fikiran . =p
  • Memilih cincin / gelang / rantai 
Hehehe . Dah pilih ! Rahsia ! Shhhh . . .
  • Memesan cenderahati untuk tetamu 
Dah booking 500 . Lagi 500+ belum decide nak bagi apa .
  • Kos untuk pengangkutan , keceman dan lain-lain jika difikirkan perlu 
Adalah sikit simpanan tepi .
  • Survey tempat honeymoon
Hehehe . Yang ni I suka !! I suka belek-belek tempat yang best-best untuk rehatkan minda .

_____________________________________________
Okeh , inilah persiapan setakat ni .

Happy reading ! Assalamualaikum .
Photobucket

Thursday, 7 March 2013

Ehem !

Assalamualaikum .

Actually , tiap hari aku masuk blog ni . 
Tapi bila klik je button NEW POST mesti tak ada idea .
Sejak balik dari Bandung hari tu , langsung tak update apa-apa pun .
Last post pun pasal TIPS percutian ke Bandung .
Harap - harap post tu dapat membantu korang yang baru first time nak ke sana .

Bila pikir - pikir balik , ada juga terdetik nak HONEYMOON kat sana nanti . 
Tapi. . . . . . .
Tak tau lagilah . Banyak sangat tempat yang aku teringin nak pergi .
InsyaAllah lagi 5 bulan nak tukar status .
Banyak lagi belum prepare ni . Huarghhhhhh . Mengantuk !

Korang , nak promote business ni .

Aku buat part-time business . Saja suka - suka .
Salah satu cara nak majukan diri konon - kononnya . Hehehe .

Kalau berminat nak beli apa - apa , just PM kat inbox .
SMS / WHATSAPP ke 011-1577 6361 pun boleh .

Jom lawat page ni :

DSeri.Collection2

Stylish Shoppe

NH Beauty Store

D-Seri Blogshop

Kepada yang pernah membeli dengan aku , terima kasih banyak aku ucapkan .
Sokongan daripada korang amat aku hargai .

HAPPY READING !
Photobucket