Monday, 31 October 2011

Teater Badai Semalam


Aku rasa super duper excited kot nak tengok teater ni . hahaha
Tapi tengok kat Ticket2u tadi mcm dah banyak sold out aje .
haihhhhh , melepaslah nak tengok Aaron Aziz tu . 
Cik Ikah , Cik Sity & Cik Nani , marilah kite membeli tikat secara online ye .

Sekian !

*.:。✿*゚゚・✿.。.:*

Sunday, 30 October 2011

Day 5 - What Makes You Different From Everyone Else

Okey , hari ke-5 dah ツ
So , what makes me different from everyone else eh ?
Macam nak promote diri pulak kan .
>,<

Time interview hari tu , ada jugak ditanye soalan macam ni .
Senyum sampai telinga sebelum jawab soalan nih . ツ
Pastu baru la boleh promote diri kan . ツ

Aku rasa aku pun sama jugak macam orang lain . 
Ada malas , ada rajin , adalah macam-macam attitude lagi .ツ
Nak tahu kenalah kenal rapat dengan aku .
Macam Cik Ikah & Cik Sity nih , dorang nih memang dah tau kebaikan + keburukan diri aku .
Alhamdulillah , sampai sekarang kami masih berkawan ツ

Sebenarnya tak adelah berbeza sangat dengan orang lain .
Sama jugak kot ! Antaranya :
Aku senang untuk dibawa berbincang .
Cepat marah cepat sejuk .
Pemalu yang hebat . hehehe

Okey , No Idea . Sekian !

*.:。✿*゚゚・✿.。.:*


Friday, 28 October 2011

Day 4 - Your Favorite Photograph of Your Best Friend

Hi , hari ni tiba-tiba rajin nak update blog . So , dengan semangatnya aku mengedit gambar-gambar ni walaupun tak seberapa cantik editor lain . 


Merayau2 Time ッ

School Time ッ

College Time ッ
¸,¤°´'`°•.¸¸.•°´'`°¤,¸

Day 3 - Your Idea of The Perfect First Date

Adehhh , susahnya nak jawab untuk day 3 nih . Boleh tak kalau nak skip ? ツ

Pada aku , first date tak payahlah nak candle light dinner sangatkan !
Cukuplah sekadar makan kat kedai mamak tu . Janji makan ! ツ
Tapi , kalau si dia itu teramatlah romantik masa first date , mesti lepas jumpa tu aku tak boleh tidur dengan nyenyak ! iyakkkks . . gedik kot ! ツ

Aku tak ada idea lah untuk challenge hari ke-3 nih .

1) Masa first date aku dulu , si dia bawa pergi Tasik Idaman makan malam bersama . Cewaahhhhh ! Tak ada candle-candle tuh . Cukuplah sekadar lampu kedai yang terang benderang tu . Lagi hebat kan ! ツ

2) Pastu pergi lepak kat Putrajaya . Borak-borak tak hengat nak balik kan .

3) Pastu balik rumah tidur dengan senyuman sebab first date dah berjaya ! ツ

Okeyyyy , sekian ! 

(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)

Thursday, 27 October 2011

Day Two : Your Favourite Movie

Okeh , favourite movie banyak sebenarnya .
Tapi malas nak taip boleh tak ?
Masukkan gambar aje yeh ! ツ

 



Banyak lagi . Tapi letih pulak nak cari gambar untuk favourite movie .
So , ni ajelah . Sekian !

☆:*´¨`*:..:*´¨`*:.☆

Migraine !


Disebabkan aku selalu migraine , kali ni aku nak post tentang penyakit migraine yang boleh dianggap sebagai kekasih gelap aku yang sentiasa bersama aku , boleh dikatakan setiap minggu aku mengalaminya .


Info ni aku jumpa kat 1 forum . So , aku pun share lah kat blog aku nih . 

Migrain dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Jenis-jenis migrain

i) Hemiplegic migraine - rasa lemah sebelah badan. Gen yang berkaitan dengan familial hemiplegic migraine ini boleh dikenalpasti

ii) Ophtalmoplegic migraine - sekeliling mata

iii) Basilar artery migraine - berlaku disturbance di saluran darah arteri ke otak yang utama

iv) Benign exertional headache - disebabkan aktivit-aktiviti seperti berlari, batuk, bersin

v) Status migraine - berlaku sehingga 72 jam atau lebih. Kesakaitan yang dirasa sangat teruk

vi) Headache-free migraine - tidak sakit kepala, tetapi pening, masalah penglihatan, sembelit, cirit-birit

Antara Punca-Punca Mingraine
  • Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein macam kopi, nescafe, coca-cola selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrom bila dorang cuba menghentikan tabiat tu secara mendadak . Sindrom ini sama dengan migrain . Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah , dan memberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang . 
Aku ni peminum setia nescafe 3 in 1 . Mak dengan abah selalu bising bila aku curi-curi beli nescafe kat 99 speedmart . Aku rasa macam dah tak boleh nak berpisah dengan nescafe . 1 hari 2 kali mesti minum . Kira dah jadi rutin harian lah . Bila nescafe dah tinggal 2-3 paket , aku rasa macam dah tak keruan . Ishhhhh3x
  • Turun naik hormon wanita , oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migrain . Migrain mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus , tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun .
  • Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum , semasa dan selepas dating haid .
  • Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga . Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain .
  • Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migrain . Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba . Penggunaan berlebihan ubat migraine juga boleh menyebabkan migrain .
  • Perubahan cuaca .
  • Cuaca terang matahari atau lampu .
  • Bunyi bising yang kuat . Bau yang kuat .
  • Menonton tv , memandang skrin komputer dengan lama .
  • Stress dan tekanan emosi . Sesetengah orang mengalami migrain selepas menghadapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa menghadapi tekanan emosi .
Selama ni , kalau diserang migraine aku akan makan ubat 'careforgot' / uphamol 650 / actifast / tuam kat kepala dengan ais . Tapi , kalau makan careforgot memang lagi cepat baiklah !

Okeh , semoga info di atas dapat dikongsikan bersama . Sekian ツ

Sunday, 23 October 2011

Day 1 - Your Favorite Song

Hai , hari ni 1st day untuk '30 days challenge' . Tiba-tiba rasa rajin nak meng'update' blog nih . 
Semoga kerajinan ini berterusan lah

❶ Kerana Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari
❷ Kisah Dongeng - Stacy
❸ Love You Like A Love Song - Selena Gomez & The Scene
❹ That Should Be Me - Justin Bieber
❺ Aishiteru - Zivilia
❻ Mengharap Bintang - Ezad Lazim
❼ Percaya Padaku - Ungu
❽ All About Him - Auburn
❾ Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali
❿ Terasa Di Syurga - Sofazr 

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Friday, 21 October 2011

Perwatakan Wanita

Aku jumpa ni kat blog sape tah tadi . Tak kenal pun . Tapi info ni macam menarik . So , aku nak share kat blog aku jugak ツ


Ni antara perwatakan wanita :-

❀ Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

❀ Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

❀ Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

❀ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

❀ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

❀ Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

❀ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

❀ Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

❀ Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

❀ Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

❀ Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta ツ

❀ Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

❀. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

❀ Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

❀ Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

❀ Senjata wanita adalah airmata !!

❀ Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

❀ Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

❀ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

 »-(¯'v'¯)-»

Thursday, 20 October 2011

30 Days Challenge

Anyway, here are 30 Day Blog Challenge that might could make me blogging regularly from now onwards and yes i am gonna give it a shot starting today or tomorrow or maybe day after tomorrow or next month ajelah ! hehehe ~

Day 1 - Your favorite song
Day 2 - Your favorite movie
Day 3 - Your idea of the perfect first date
Day 4 - Your favorite photograph of your best friend
Day 5 - What makes you different from everyone else
Day 6 - A song to match your mood
Day 7 - A photo of an animal you’d love to keep as a pet
Day 8 - Your dream wedding
Day 9 - A photo of the item you last purchased
Day 10 - A photo of your favorite place to eat
Day 11 - A picture of your favorite memory
Day 12 - Your current relationship, if single discuss how single life is
Day 13 - A picture of your favorite band or artist
Day 14 - A TV show you’re currently addicted to
Day 15 - Something you don’t leave the house without
Day 16 - Short term goals for this month and why
Day 17 - How you hope your future will be like
Day 18 - 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 - A picture of something you want to do before you die
Day 20 - The meaning behind your blog name
Day 21 - A photo of something that makes you happy
Day 22 - A letter to someone who has hurt you recently
Day 23 - 15 facts about you
Day 24 - A photo of something that means a lot to you
Day 25 - Who are you?
Day 26 - A photo of somewhere you want to go
Day 27 - What kind of person attracts you
Day 28 - In this past month, what have you learned
Day 29 - Something you could never get tired of doing
Day 30 - A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Day Ten : 10 Final Words

Akhirnya , challenge ni dah sampai hari terakhir . Alhamdulillah .
Walaupun aku tak buat game ni tiap-tiap hari , tapi kira okey lah kan . 

So , 10 final words itu ialah :

✰ Saya sayang Mak & Abah saya . Tanpa mereka , tak taulah keadaan saya macamana !
✰ Saya sayang Kawan-kawan yang sentiasa di samping saya samada susah / senang ! 
✰ Saya sayang M.H !
✰ Nak sambung Degree next year , InsyaAllah . Permintaan abah ! Dah tua baru nak sambung belajar okehh !
✰ Nak belajar masak mulai sekarang !
✰ Nak cuba buat 30 days challenge pulak okeyyy !
✰ Time buat game nih , dalam otak tengah pikirkan si dia tu lah ! Haihhhh !
✰ Nak cari kerja lain !
✰ Tak taulah nak taip apa lagi nih !
✰ Ni aje Final Words saya . I'm speechless right now !

okeh , sekian !

✿.。.:* *.:。.✿

Wednesday, 19 October 2011

Day Nine : 10 Ways to Win Your Heart

Assalamualaikum ,

Task ini agak mencabar otakku untuk berfikir ye ツ

Kenapalah day nine ni kena senaraikan menda-menda nih . sangat melampau okehhh !

Sebenarnya ada yang lebih penting .

Tapi ni antara yang tak berapa penting yang boleh aku senaraikan ツ

❶ Do understand me 
❷ Love me for who i am
❸ Make me laugh
❹ Hormat orang tua okehhh !
❺ Kalau aku membebel / merepek-repek / mengarut-ngarut , sila layan okehhh !
❻ Kalau aku merajuk / marah / sewaktu dengannya , pujuklah dengan nada yang ikhlas ツ
❼ Always be with me - Orang yang berada di samping aku dlm semua situasi sangat aku hargai !
❽ Boleh layan setiap perangai aku tanpa bosan & menyampah ツ
❾ Cuba nyanyi lagu sedetik lebih (anuar zain) depan aku , confirm aku senyum sampai telinga ツ
❿ Just be yourself - i like you just the way you are !

okey , done !

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

Tuesday, 18 October 2011

Day Eight : 10 of Your Favorite Songs

10 of My Favorite Songs ツ

Okeh , buat masa ni saya menyukai lagu-lagu ini :

❶ Kerana Ku Cinta Kau - Bunga Citra Lestari 
❷ Kisah Dongeng - Stacy
❸ Love You Like A Love Song - Selena Gomez & The Scene
❹ That Should Be Me - Justin Bieber
❺ Aishiteru - Zivilia
❻ Sedetik Lebih - Anuar Zain
❼ Percaya Padaku - Ungu
❽ All About Him - Auburn
❾ Di Saat Aku Mencintaimu - Dadali
❿ Marry You - Bruno Mars

Sekian , •.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

Friday, 14 October 2011

Day Seven : 10 Important People

Ni lah 10 orang yang penting dalam hidup saya ツ

Encik Mad Amin Bin Othman 
Puan Zawiah Binti Osman
En Mohd Hizami Afif Bin Mad Amin
En Mohd Asyraf Bin Mad Amin
Mr. Sweet - En Mohamad Halim Bin Buyanin
❻ Rakan-rakan seperjuangan  (Ikah , Chuk , . . . . . . . . . . . . . . . . . )
❼ Sepupu / Sepapat / Saudara-mara
❽ Atuk & Wan
❾ M. Harith Bin M. Hizami Afif
❿ Orang yang selalu dekat dengan saya

Okehhh , Sekian ツ