Friday, 22 May 2015

Rahsia Anak Ke-2



Saya merupakan anak ke-2 dari 3 beradik . Tunggal perempuan . 
Abah cakap "jadilah bunga sekuntum buat ubat" . Hehehe . 

Meh baca rahsia anak ke-2 yang ada pada aku .

ANAK MANJA EMAK
- Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 

➳ Aku tak manja pun macam adik aku tu. Overdose! Haha.. Apahal pun mak utamakan dia. Bongsu kot!

ANAK DEGIL
- Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia je yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia je yang KETEGAQ. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh .kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

➳ Aku boleh dikatakan degil juga. Tapi masih boleh dipujuk setakat ni. Ketegaq lagi adik aku tu. Keras kepala pun dia juga. Haha..

TAK PANDAI PUJUK
- Memang anak no. 2 ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia. 

➳ Haha.. Masa bercinta memang jarang pujuk. Bosan baru cari balik. Now, dah kahwin. Setiap hari ada dengan kita. Nak tak nak memang kena pujuk la. ツ

BERCINTA
- Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban..

➳ Huhu.. Setia jugalah. ツ

HITAM / PUTIH
- Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

➳ Tak juga. Kadang-kadang je macam ni. Lepas tu menyesal sendiri. Haha..

HATI
- Anak no. 2 ni juga nampak je keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi perangai dia. Dia tak boleh ditegur.

➳ Suami aku sendiri cakap aku ni tak boleh ditegur. Lepas kena tegur terus tak bercakap. Tunggulah sampai rasa nak tanya apa-apa baru cakap. Kadang-kadang nampak je keras hati. Tapi sebenarnya tak pun. Boleh cair juga kalau pandai pujuk.

BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

➳ Ok, ni betul. ツ

ARAHAN
- Anak no. 2 ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

➳ Boleh je terima arahan. Tapi jangan ulang sampai 15x. Memang tak suka.

PEMAAF & CARING
- Tidak dinafikan anak no. 2 ni pun pemaaf dan caring. TAPI awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

➳ Mudah memaafkan untuk perkara tertentu je. Tapi susah nak lupakan. Kalau marah suka membebel. Haha.. Tapi memang caring. ツ

PAKAIAN
Nak semua ‘up to date’. Semua nak kemas.

➳ Baju kena iron walaupun t-shirt. Haha.. Dah biasa. Selagi kedut tak hilang, iron sampai rasa nak berhenti. Kalau suami aku iron baju, aku akan iron balik ikut cara aku. Haha.. "Up-to-date" tu tak pun. Kadang-kadang jadi kak Limah juga. ツ

Korang yang anak ke-2 macam ni tak ?? Hehe..

Sunday, 8 February 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Hai semua !

Jalan-jalan cuci mata kat website nile.com tiba-tiba ternampak iklan Giveaway CNY 2015 .
Ramai dah join . Kita pun join . Mana tau rezeki menyebelahi . Hihi .

Tarikh tutup peraduan 15/02/2015, 11.59pm .

Kegilaan juga bila selalu cuci mata di website NILE ni .
Barang serius murah . Tak percaya ??

Klik link ni : http://www.nile.com.my/

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96

Antara produk yang berjaya menawan hati saya dengan harga kurang dari RM150 adalah. :

Retro Mix Color Woman Backbag - Cream
(RM 21.40)

Ab Rocket Master Abs Training
(RM 113.00)

Fridge Wall Pack Component
(RM 6.90)

Beauty Bracelet
(RM 4.30)

21.40 + 113.00 + 6.90 + 4.30 = RM 145.60 #

Ok, dah siap pilih barang . Huhu .

Nak check link blog sila klik sini :

http://www.nile.com.my/page.php?cd=98

Nak join CNY Giveaway , tapi tak tau caranya . 
Meh baca cara menyertainya kat blog  Lyssa Faizureen .

5 pemenang bertuah saja akan dipilih . Hihi .

Good Luck !

Tuesday, 6 January 2015

KARAOKE

Hi !

Hari ini nak story pasal pusat karaoke paling best yang pernah aku pergi. 





NEWAY. 

Nama nampak simple je. Dulu aku tengok perkataan NEWAY ni ingatkan kedai perabot. 
Yelah, kedai perabot kat Puchong ni banyak sangat. Tak terfikir NEWAY ni pusat karaoke.

Sebelum ni kalau nak karaoke mesti pergi Mines Seri Kembangan. 

Boleh pilih berapa lagu nak nyanyi. Kalau pergi Sabtu atau Ahad, satu lagu RM2.00. Hari biasa RM1.50 je.


Bolehlah kalau setakat nak lepas gian. En Suami kaki karaoke. Dialah yang suggestkan pergi NEWAY. 

Dah dua kali masuk NEWAY ni. Setakat ni aku berpuas hati. 


Pergi hari sabtu atau ahad pukul 11.00 pagi sampai pukul 4.00 petang siap makan tengahari dan refill minuman. Cuma bayar RM18.00 seorang. Berbaloi tak? Berbaloi sangat. Banyak pilihan lagu baru. 







Pada aku inilah pusat karaoke terbaik yang aku pergi setakat hari ini. 

Boleh layari laman web NEWAY untuk keterangan lanjut.

- TQ -