Friday, 18 January 2013

Tips Melancong ke Bandung


Hai everyone . 

Just nak share tips melancong ke Bandung .

1) Hari pertama , sebelum korang shopping kat sana . Simpan siap - siap IDR 75000 untuk duti kastam masa balik nanti .

2) Masa shopping kat Pasar Baru Trade Centre , mintak kurang harga sampai 50% . Kalau dapat nasib korang la . Kalau tak dapat cuba cari kedai lain . Mana tau kot - kot dapat diskaun lebih . Hehehe .

3) Tukar duit siap - siap sebelum ke LCCT . Tukar biar lebih . Sebab nanti dah sampai Bandung korang tak terkejar - kejar nak cari money changer . Boleh je terus shopping  tanpa segan silu . 

4) Bila naik kereta . Time kat trafic light merah . Mesti korang nampak ada anak - anak jalanan yang mintak - mintak duit . Kalau rasa nak bagi , bagilah . Tapi seeloknya tak payah bagi . Sebab sekali korang dah bagi . Dorang akan bagitau kat budak - budak lain . So lepas tu berduyun - duyun budak lain datang kat kereta korang .

5) Kalau naik taxi , pastikan taxi bermeter . Bila dah sampai tempat dituju , terus je bayar ikut amount kat meter . Tak perlu tanya lagi . Kalau tanya dia akan charge lebih dari amount kat meter . Tak caya ?? Cubalah tanya nanti . 

6) Eloknya korang naik taxi blue bird , cipaganti , gemah ripah . Lain dari tu , jangan naik kalau tak nak kena tipu okey .

7) Lagi elok kalau korang hire supir yang charge IDR 400000 - 450000 untuk 1 hari perjalanan / 12 jam .

8) Ubat-ubatan jangan lupa ye . Penyakit datang tak kira masa . 

9) Sediakan duit kecil dalam poket korang . Kat Bandung kalau orang tolong kita , bukan percuma okey . Kena hulur jugak walaupun amount kecil .Yang penting ikhlas .

10) Kepada yang first time nak melancong ke bandung , bawak la list duit RM dan rupiah . Ini untuk memudahkan korang bandingkan harga kita dengan harga dorang .

11) Baju . Bawak sehelai dua je . Nanti shopping kat sana mesti korang beli baju lagi . Gerenti punya !

12) Jangan lupa aktifkan pengeluaran wang antarabangsa yeh . Ini berdasarkan pengalaman kami . Hehe .

Okey , sampai sini je dulu . Kalau ada apa - apa nak tambah nanti aku tambah lagi . 

Happy reading . Muahhh .
Photobucket

Wednesday, 16 January 2013

Bandung Trip (Part 5)

Hai . Assalamualaikum .

Mohon maaf sebab lambat update part 5 .
Sibuk sangat pulak . So hari ni curi-curi masa kejap .
Macam tak best pulak cerita tergantung . hehehe .
Ok , sambungan dari episod lepas . 



Angin kuat sangat masa ni . Nasib baik tak hujan .

Hari ke-4 . 
Lepas siap apa yang patut , kami pun ke Tangkuban Parahu . 
Dah petang pun time tu . Tapi sebab esoknya dah nak balik ke Malaysia .
Pak supir bagitau , tempat ni adalah kunjungan wajib pelancong kalau ke Bandung .
So , kami pun setuju nak ke Tangkuban Parahu .



Al-kisahnya bermula masa kami sampai kat parking .
Mungkin sedikit sebanyak bagi iktibar untuk orang lain . Supaya tak jadi macam kami .
Turun je dari kereta . Kami dah kena kejar dengan penjual jalanan . 
Masa jalan tu konon-konon dorang cerita la sejarah Tangkuban Parahu .
Kami pun dengar macam tertarik . 
Dorang pun tolong ambilkan gambar kami . 
Snap sana sini . Gaya itu ini . Hehehe .
Sampai je kat hujung , kami dah penat berjalan . Terus duduk .
Yang Tunang aku pulak kena kerumun dengan penjual - penjual tu .
Dorang paksa dia beli barang-barang dorang . 
Barang yang harga 1 juta rupiah sampai jadi 100 ribu rupiah . 
Siap dapat 2 pcs lagi . 
Macam tu lah dorang jual . Paksa sampai kita beli .


Kalau dilayan , macam ni lah jadinya .

Aku tak taulah apa Encik Tunang cakap dengan dorang masa ni . 
Aku cuma duduk dan tunggu je . 
Betullah kata supir tu . "Kalau disuruh beli barangnya , jangan dibeli . "
Habis , dah kena paksa . Kalau tak beli , memang tak lepaslah .
Then , cerita pasal gambar pulak .
Lepas siap print gambar - gambar kami , dia malu - malu pulak nak cakap harga .
Aku tunggu jugak berapa ribu rupiah dia charge kami .
Sekali dia minta sekeping gambar 50 000 rupiah sama dengan RM 15.50 .
Perghhhhh ! Mahal gilalah . Aku cuci gambar kat Malaysia pun tak pernah dapat harga macam tu .
Bayangkan la kami nak kena bayar untuk 26 keping . 
IDR 1,300,000 = RM 403.00 . 
Masa ni rasa macam nak terjun dalam kawah tu . 
Kami cakap kami tak ada duit . So , kami nak pilih gambar . 
Dia cakap tak boleh sebab dia dah print semua . 
Haishhh . Aku rasa macam nak bergaduh je dengan orang tu . 
Pikir tempat orang je . 
Dah la print tak tanya dulu . Tau - tau suruh bayar je . 
Tak sangka pulak semahal tu .


Topi hijau ni yang buat kami nyaris - nyaris terkandas kat Indon .
Masa ni baru kami sedar yang kami dah terkena .
Terus tak ada mood . Perut yang tadi lapar gila , terus tak rasa apa - apa .
Kami cuma bayar IDR 500000 = RM 155.00 .
Itu pun sebab nak lepaskan diri . Kalau tak bayar macam mana nak balik .
Tak ada orang nak tolong pun . 
Kami nak bayar IDR 300000 = RM 93.00 je mula - mula . 
Tapi dia cakap tak boleh sebab dah print semua . 
Terpaksalah kami bayar . Nasib baik esok tu dah nak balik ke Malaysia . 

Hmmm , inilah episod paling tragis kami .
Sedih jugak mengenangkan nasib kami masa tu .
Perasaan marah jangan cakaplah . Tahap makian berganda - ganda dalam hati . 

Okay . Done topik hari ni . 

Next topik . Ada tips untuk sesiapa nak bercuti ke Bandung .
Photobucket

Thursday, 10 January 2013

Bandung Trip (Part 4)

Hello everybody .

Assalamualaikum .

Hari ni hari ke-3 . Bangun awal sebab ada urusan yang perlu diselesaikan .
Lepas tu . Dapatlah meloncat-loncat riang sebab dapat keluar .
Tapi dah lewat . Kesian pada diriku ini .
Banyak tempat tak dapat pergi . Sedih kejap !!

Okay . Bye !

Next story . Part 5 .

Photobucket

Bandung Trip (Part 3)

Hai . Hai . Hai .

Ini supir taxi yang kami naik

Sambungan dari episod lepas .
Hari ke-2 kami di Bandung . 
Bangun-bangun terus siap . Makan dan minum sementara tunggu taxi .
Macam biasalah . Isi tenaga dulu baru merayap .

Hari ni pergi kedai kasut murah . Aku tak sure nama tempat tu .
Tapi memang banyak gila kasut . Macam-macam jenis kasut ada .
Rambang matalah pulak . Cantik-cantik kasutnya . 

Ni sales girl yang layan karenah kami 

Korang perasan tak muka dia macam kawan kita Ain Qadri . Hehehe .
Baik dia layan kami dari awal sampai habis . 
Lepas bayar , terus cakap nak ambil gambar dengan dia . 
Mula-mula tu dia malu jugak . Tapi lepas tu dia okay .
(y)

Lepas habis aktiviti kat sini , kami lapar . 
Pak supir yang spotting tu bawak kami pergi makan kat Warung Nasi Ampera .
Warung Nasi Ampera

Kat sini cuma bayar untuk nasi dan lauk yang kita ambil . 
Air teh tawar dengan ulam-ulaman diberi percuma . 
Kalau nak order air lain pun boleh . Tapi kena bayar lah .
Nasi putih dan pelbagai lauk kering . 





Ni lah contoh makanan dia .
Memang tak ada kuah kari , kuah sup , kuah tomyam dan kuah-kuah lain .
Tapi sedap ! Simple aje . Aku memang suka makan macam ni pun .

Okay . Lepas makan kami pun balik ke hotel masing-masing .
Kaki lenguh . Pingin rehat barangkali . Hehe .

Next story . Part 4 .


Photobucket

Bandung Trip (Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim .



Bertemu kembali dalam part 2 . 
Hari pertama tu kami macam ngok-ngek sebab tak tau nak pergi mana .
Dah boring tak hengat , kami pun minta orang hotel paggilkan taxi .
Eh , sebelum tu kami makan dulu sebab lapar sangat . 
Kami 2 orang je yang ada time ni .
Yang lain masing-masing bawa diri . Hishhh .
Lepas makan , kami taxi pun sampai .
Naik taxi pergi Jalan Dago . Konon-konon nak pergi Factory Outlet kat sana .
Petang-petang jalan kat sana macet . Kesesakan jalan kat Indon dipanggil "macet" .
Disebabkan macet , kami kena charge RP 60 000 . 
Tapi tak kesahlah . Baru first time kan . So macam tak rasa sangat .
Jalan punya jalan dalam FO tu , tengok-tengok dah malam . 
Keluar je perut pun dah lapar balik . Tak tau nak pergi mana . Tak ada pulak taxi lalu time tu .
Sekali ada Angkutan Kota berhenti tepi kami . Tanpa segan silu kami pun naik .
Cakap dengan dia nak pergi FO yang kat depan sana . Aku pun tak sure nama tempat tu .
Dapat jugalah kami merasa naik angkut tu . Hehehe .
Kecik je . Tapi laju jugak . Kena bayar RP 9 000 untuk 2 orang .

Lepas jalan-jalan , kami cari pulsa untuk call ke Malaysia . Top-up dipanggil pulsa kat Indon .
Macam kelakar je masa nak bertanya . Tapi nasib baik dorang paham apa yang aku maksudkan . 
Beli top-up RP 20 000 . Pastu ada cas tambahan RP 2 000 .
Sama jugak macam kat Malaysia . Kalau top-up terus masuk ada cas tambahan 20 sen / 30 sen / 50 sen .
Dah tak tau nak pergi mana , kebetulan ada taxi lalu .
Macam tau-tau je kami tengah cari taxi .
Kami tak tau flow jalan kat sana . Supir tu cakap jalan macet . Yok kita lalu tol .
Kami ni nak tak nak terus je setuju .
Sampai je Hotel , dia cas kami RP 60 000 . Kami pasrah . Asalkan selamat sampai hotel masing-masing .

Itu je aktiviti kami pada 5hb 1 2013 . 

See next story . Part 3 .
Photobucket

Bandung Trip (Part 1)

Assalamualaikum .



5hb 1 2013 adalah hari Sabtu .
Pukul 3 , Encik Tunang (ET) call suruh bangun siap sebab dia dah ondeway .
Flight pukul 6.45 pagi . 
Gila excited . Hahaha . Tidur pun macam tak lena je .

Lepas pick up aku , ET pun pergi office dia sebab nak minta tolong member dia hantarkan kitorang ke LCCT .
Man , Anden and family dia dah sampai dulu sebelum kitorang .
Bila dah sampai kat LCCT , kami terus check-in . 
Anden punya beg banyak . Jadi dia kena satukan beg-beg dia . 
Tu pun kena charge juga sebab tak booking luggage masa pergi .
Konon-konon ambil luggage masa balik je sebab nak shopping . 
Hehehe .

Kami sampai awal 20 minit dari jangkaan masa .
Kat Indonesia lewat sejam dari Malaysia . 
Lepas kapten announce masa mendarat , kami terus set jam kat tangan masing-masing .

Alhamdulillah . Selamat sampai ke Bandung .
Kami naik teksi untuk ke Hotel masing-masing .
Ada yang tidur , ada yang rehat , ada juga yang makan . 

Next Story . Sila lihat part 2 .


Photobucket