Wednesday, 31 October 2012

Alahai Si Geraham

Assalamualaikum .

Sumber : Google
Memandangkan dari hari Isnin gigi geraham aku sakit . 
Jadi hari ni aku nekad nak pergi klinik pergigian Petaling Bahagia .
Gigi ni tumbuh paling hujung pastu senget ke pipi .
Beberapa hari ni aku rasa tak berapa selesa dengan keadaan gigi tu .
Tahun lepas masa check up dentist ada bagi surat suruh refer kat hospital Putrajaya .
Tapi aku tak pergi . Sebab doctor tu mention word "pembedahan" .
Tu yang aku takut tu ! Langsung tak pergi . Hahaha .

Berbalik pada cerita sebenar .
Aku bangun pagi-pagi terus pergi klinik .
Aku explain kat dentist keadaan gigi aku tu . So dia pun check dengan penuh kasih sayang .

Dentist : Dik , gigi ni tak ada function pun . Kita cabut ye ?

Aku : Oh yeke . Alamak ! Cabut lagi . hmm . Okay .

Dentist : Nganga besar-besar ye .

Aku : Oh okay-okay . (Nganga sampai sakit mulut mengalahkan sakit gigi aku) .

Dentist tu cucuk 6 tempat keliling gigi aku . Sakit woo !!
Pastu dia pegang alat pencabut gigi tu . Aku rasa nak lari je . Hahaha .
Aku nganga besar-besar sampai sakit rahang aku ni .
Time nak cabut tu aku rasa nak menjerit je .
Yelah gigi tu bukannya goyang pun . Tapi dia nak cabut jugak .
Redha ajelah ! Nurse tu boleh pulak datang tolong pegang kepala aku .
Hahahaha tak pernah pun aku cabut gigi sampai nurse datang pegang kepala aku .
Masa dia tarik gigi geraham tu aku rasa sebahagian gigi atas aku pun turut tercabut .
Korang bayangkan macamana kuatnya dia tarik gigi geraham aku tu .
Sayang pulak aku tengok gigi geraham yang tak bersalah tu .
Tapi gara-gara si geraham la mulut aku sakit . 
Jadi aku pasrah . hmmm .

Pesanan untuk korang :

Rajin-rajin gosok gigi ye . Tambah lagi yang merokok .
Lagi la kena rajin gosok gigi .
Aku nampak ramai yang merokok pastu gigi dorang tak berapa nak berseri sebab ada corak-corak yang tak sepatutnya . 

Sekian . Terima kasih sudi membaca .


Photobucket

Monday, 29 October 2012

R.I.N.D.U.L.A.G.I

Rindunya kat comel 2 orang ni. . . .

Nur Hani Safiyya

Muhammad Harith

Photobucket

Tuesday, 16 October 2012

Fakta !


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sumber Dari En. Google

Hai re-rakan dan taulan .
Jom story-mory pasal anak ke-2 dalam family .
Memandangkan aku merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik .
Jadinya aku rasa tertarik nak post tentang topik ni .
Mungkin FAKTA dan mungkin juga AUTA .


SIAPA ANAK KE-2 DALAM FAMILY ?


♥ ANAK MANJA EMAK 
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

* Aku rasa layanan mak abah sama je . Tapi kadang-kadang abah layan lebih sikit . 

♥ ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. 
Semua dia aje yg betul. Dalam adik beradik dia aje yang DEGIL. 
Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. 
Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

* Hehehe . Tapi aku tak  adalah KETEGAQ sampai macam tu sekali .
Selalunya pujukan mak abah mesti jalan . (✿◠‿◠)

♥ TAK PANDAI PUJUK
Memang anak no-2 ni tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

* Hahaha . Memang pun . Kesian ! 

♥ BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

*  Aku memang setia okay . Bab berkorban tu tak adalah sangat . 
Takut pulak terkorban nanti . ≧◔◡◔≦


♥ HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah.
Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

* Eh , aku tak adalah sampai tak boleh nak bawa berunding . 
Masih boleh bertolak-ansur lagi . Walaupun degil tapi tetap baik hati . 

♥ HATI
Anak no-2 ni juga nampak je keras. 
Tapi hati dia lembut. SATU lagi perangai dia, dia tak boleh ditegur.

* Siapa rapat dengan aku , dia taulah . hehehe . Dulu memang tak boleh kena tegur .
Mesti memberontak . Tapi sekarang ni , makin berumur makin bijak mengatur hidup . 
Dah tak masuk bilik lepas pintu kuat-kuat . Itu yang penting ! (>‿♥)

♥ BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. 
Mudah bergaul. Very take care.

* Yup . Totally agreed . Huhu . 

♥ ARAHAN
Anak no-2 ni juga dia payah nak terima arahan.
Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.

* Salah ni . Bos siap cakap "senang kerja dengan u " . 
Itu maknanya aku boleh kerja dengan orang . 
Pendek kata aku ni senang nak bekerjasama dengan orang . 
Bab terima arahan pulak , aku tak kesah pun kalau bos yang bagi arahan . 
Tapi aku menyampah kalau staff biasa tapi berlagak . Bagi arahan macam bos ! :p

♥ PEMAAF & CARING
Tak dinafikan anak no-2 ni pemaaf dan caring. 
Tapi awas !!
Jangan bagi diorang marah. Kalau diorang marah faham saje lah.

* Pemaaf tu memang pemaaf . Tapi tak lupa apa yang orang buat kat aku . SORRY !
Caring sangat pun nanti orang rimas pulak . hehe
Pemarah jugak kadang-kadang . Kalau marah semua orang kena tempias . 
PADAN MUKA ! hahaha

♥ PAKAIAN
Nak semua up to date. Semua nak kemas .

* Pasal pakaian tu tak adalah up to date sangat . Tapi aku sangat pentingkan kekemasan .
Setiap kali keluar mesti gosok baju . Itu WAJIB !


Okay , sekian saja untuk hari ni . Hari ni datang kerja naik motor . 
Gatal kaki sebab tengok cuaca panas . 
Dah sampai office , tiba-tiba guruh kilat semua keluar . 
Susah hati pulak pikir macamana nak balik kalau hujan lebat macam hari tu .

Sumber dari sini 

Photobucket