* Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat , seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter , tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan .
* Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan .
* Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau , menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera .
* Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani . Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya . Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet .
* Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu . Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu , ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi .
* Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku .
* Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas . Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya .
* Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya . Tapi , walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar .
* Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup . Tapi mengikut kajian ahli gunung , api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan .
* Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit , pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan .
* Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar , perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan . Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita .
* Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku ?
Credit to LJ (^_^)









