21 Oktober 2016 , pertama kali dalam hidup kakak dimasukkan ke hospital kerana saspek Apendik .
Kakak admit kat Hospital Assunta PJ guna Medical Card AIA Insurance .
Masa confirm admit kakak rasa lega sangat . Kos rawatan hospital ditanggung sepenuhnya oleh AIA .
Syukur Alhamdulillah dengar nasihat mak apply medical card .
Hari pertama admit (Jumaat) , kakak kena buat UltraSound dan CT Scan .
Hari sabtu doktor baca result dan sahkan organ dalaman kakak terbalik bermula dari dada hingga ke abdomen .
Jadi, kakak bukanlah sakit disebabkan Apendik . 
Disebabkan doktor tak berjaya mencari punca sakit kakak , maka doktor pun aturkan 1 sesi untuk melakukan Colonoscopy . Makanya kakak pun ditolak masuk ke Day Surgery Unit (DSU) untuk melakukan prosedur itu .
Prosedur 30 - 45 minit je . Tapi tunggu hampir 2 jam dalam DSU .
Tapi tak kesah sebab kakak boleh tidur kat ruang menunggu .
Sehari lepas Colonoscopy doktor baca result dan benarkan kakak discharge .
Kuasa Allah , kakak admit sebab sakit lain , tapi jumpa benda lain . 
Paling kakak tak sangka , kakak merupakan salah seorang Situs Inversus kat Malaysia . 
Alhamdulillah , kakak hanya mengalami organ terbalik dan tak mengalami penyakit lain .
|  | 
| Sumber dari Google.com | 
Terima kasih sudi baca kisah kakak .